SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

8 Jun 2013

PENJAGAAN GEARBOX

TIP PENJAGAAN GEAR BOX

         Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila mileage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa.Bagaimanapun mileage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.
JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.
Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. Ini boleh memendekkan jangka hayat clucth plate anda dan merosakkan gigi gear kereta anda.

JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’.
Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan hand-brake dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu isyarat, ‘neutral’kan gear dan tarik hand-brake. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta).Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang disarankan oleh pengeluar adalah sangat mustahak.

JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR.
Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.
Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.
Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’, kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).




Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

Gear automatik merupakan salah satu transmisi selain daripada transmisi manual yang terdapat dalam sistem kereta. Penggunaannya lebih mudah berbanding transmisi manual kerana tidak perlu menekan pedal klac untuk pertukaran gear. Sebagai pengguna kereta, adakah anda tahu dengan lebih lanjut penggunaan transimisi automatik?
Apakah Yang Terdapat Pada Gear Automatik?
Seperti yang para pemandu tahu kebiasaannya semua kereta bertransmisi automatik mempunyai gear P (Parking), R (Reverse), N (Neutral), D (Drive), 3, 2, dan 1. Sesetengah kereta hanya mempunyai gear 2 dan L bergantung kepada kereta tersebut. Sebagaimana yang kita maklum, para pengguna hanya mengguna gear D (Drive) untuk menggerakkan kereta tanpa mengetahui apa fungsi sebenar gear 3, 2 dan 1. Gear 3, 2, dan 1 adalah merujuk kepada kunci pada gear 3, kunci pada gear 2 dan kunci pada gear 1. Ianya sama seperti kereta bertransmisi manual dimana pemandu akan menukar gear mengikut turutan. Yang menjadi perbezaan antara transmisi automatik dan manual adalah transimisi automatik ditukar secara automatik tanpa perlu menekan pedal klac.
Bagaimana Mahu Mengaplikasikan Penggunaan Gear Automatik?
Apabila kita meletakkan gear pada D (Drive), segala pertukaran gear akan berlaku secara automatik tanpa perlu kita bersusah payah menukar gear seperti transmisi manual. Kadangkala pemandu yang menggunakan transmisi automatik sedar mereka hilang kuasa pecutan apabila menaiki bukit dan ketika ingin memotong kenderaan di hadapan. Disinilah peranan gear 3, 2 dan 1 digunakan. Letakkan pada gear 3 bermaksud anda menukar dari gear 4 kepada gear 3 dan memberi sedikit bantuan kepada kereta untuk memecut dengan lebih lancar. Ini juga membantu ketika anda memandu menaiki bukit yang tinggi. Selain itu peranan gear 3, 2 dan 1 membantu dalam memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan brek dengan kuat. Ianya dipanggil engine brake dimana enjin kereta akan memberi tekanan kepada kereta untuk perlahan. Sedikit sebanyak ia mengurangkan penggunaan minyak kereta kerana tidak perlu menekan pedal minyak dengan banyak dan tiak perlu menekan brek dengan kuat.

#Kalau ada yang tertinggal sila komen.


Tepuk Dada Tanya Selera

SEKIAN

3 ulasan:

Sila Tinggalkan Komen Anda