PANDUAN SERVICES KERETA
Kereta yang kalau diselenggara dengan sempurna
adalah kereta yang selamat untuk dipandu sebab kerosakan
teknikal jarang berlaku. Selain tu juga bolih menjimatkan minyak
dan harga jualan balik pun leh jadi tinggi sket kalau nak jual. Kereta
yang diselenggara dengan baik biasanya boleh start tak kira ler hujan
atau panas. Pastikan kereta di”tune” dengan betul, spark plug punyer api
power lagi, minyak enjin serta penapis udara tu kena bersih. Penapis
Udara yang berhabuk serta berminyak mengurangkan efficiency keto anda
dan buleh mencemarkan udara plak sebab asap kuar hitam. Sebuah kereta
buleh bertahan lebih daripada 20 tahun andainya anda mengambil
langkah-langkah penjagaan yang sewajarnya.
• Periksa tekanan angin tayar dan check kerosakan pada tayar dengan kerap. Tukar tayar jika ada benjol, dinding koyak, kelihatan benang tayar, atau lubang yang agak besar atau dalam.
• Periksa semua lampu sama ada menyala atau tidak, tukar mentol yang terbakar.
• Periksa pengilap cermin berfungsi dengan baik dan “blade” getahnya masih elok. Kalau tak elok, kasi tukar la, itu pun mau cakap ka..haiyaaa!!
• Periksa, tambah atau tukar bila perlu minyak pelincir, penapis minyak, air dalam radiator serta coolantnya, air dalam bekas washer tingkap winshield dan juga air bateri.
• Periksa setiap hos samada ada kerekahan especially pada hos radiator
• Periksa setiap belt samada dah crack pecah-pecah atau masih elok especially timing belt.
• Periksa sistem ekzos anda samada ader lubang atau pecah jika ekzos anda bunyi macam ekzos buluh atau bergegar.
Korang dicadangkan menyelenggarakan keto anda tu mengikut jadual dan dibawah adalah senarai alatan penting pada keto anda yang patut di periksa dan diselenggarakan.
• Timing belts
• Cecair Coolant enjin serta sambungannya pada hos
• Salur hidraulik atau kabel brek serta sistem breknya
• Bateri keto serta terminalnya
• Minyak gear
• Saluran petrol
• Valve
• Sistem Suspension, struts serta penyerap hentak (Absorber)
• Sistem Ekzos
• Wayar Ignition
• Sistem steering
• Kipas radiator serta air-cond
• Tayar keto
Apabila servis tuh, elok menggantikan peralatan berikut beb.
• Minyak enjin serta penapis minyaknya sekali
• Palam pencucuh
• Penapis Udara
• Gasket valve
• Minyak gear, minyak brek dan aper sajer jenis minyak yang ader
FUSE
Fuse keto biasanya terletak dalam satu panel
di dalam boot hadapan keto anda atau pun berada dibawah steering kereta
pada kebanyakan keto. Keto sorong takde ler. Periksa semua fuse sama ada
masih elok atau pun dah terbakar. Gantikan fuse yang terbakar tu dengan
yang baru dan jangan lupa simpan fuse lebihan sekurang-kurangnya 1 dari
setiap jenisnya. Apabila menggantikan fuse, selalulah menggantikannya
dengan fuse sama amp nyer. Jika anda menggunakan fuse yang lebih tinggi
dari sepatutnya buleh menyebabkan kerosakan alat elektrik kereta anda
kerana fuse yang sepatutnya terbakar tu masih lagi elok dibawah bebanan
tinggi. Jika fuse yang betul dimasukkan dan fuse masih terus terbakar,
ini bermakna ader masalah dalam litar elektrik tersebut, boleh jadi
short circuit la tuh.
MINYAK ENJIN
Adalah penting supaya minyak enjin berada pada
paras yang betul. Periksa paras minyak enjin kereta anda selalu supaya
tidak berada dibawah paras minimum. Masa terbaik untuk check adalah
selepas kenderaan tersebut tidak berjalan atau di hidupkan enjinnya
semalaman. Semasa check tu, adalah lebih elok kalau keto tu berada atas
tanah yang rata sebab bacaan anda nanti adalah lebih tepat. Anda cuma
perlu tambah minyak pelincir tambahan apabila deepstick menunjukkan
minyak di paras MIN. Disarankan setiap pemilik keto supaya menukar
minyak enjin keto setiap 5,000km atau pun 3 bulan yang mana terdahulu.
Penapis minyak juga wajib ditukar apabila penukaran minyak enjin dibuat.
PENAPIS UDARA
Jika anda memandu dalam keadaan biasa, elok
ler kalau check keadaan penapis udara keto anda dalam sebulan sekali.
Tapi kalau korang bawak selalu bawak dalam keadaan yang extremely
berhabuk, disarankan supaya tukar atau bersihkan oil filter tu setiap
2,000km. Sekarang nie ramai yang suka pakai re-useable filter yang tahan
lebih lama dan boleh dicuci semula, so yang nie cuma perhatikan tahap
kebersihan filter tersebut dan bersihkan apabila perlu.
SISTEM PENYEJUK
Air dalam radiator boleh diperiksa lebih
kurang 6 bulan sekali. Jika didapati air bersama bahan coolant di dalam
radiator berkarat, isi kandungan radiator harus dibuang, dibilas
beberapa kali dengan air bersih, kemudian diisi semula dengan air bersih
dengan bahan coolant yang baru. Perhatikan juga sirip radiator supaya
tiada bahan-bahan asing seperti daun, serangga, batu kecil, tanah atau
apr sajer tidak tersangkut pada sirip tersebut. Jika sirip tersebut
kotor, anda cuma perlu membersihkannya dengan menyembur air tekanan
rendah dari hos paip rumah anda. Periksa bahagian reserve tank untuk
coolant samada perlu diisi semula dengan coolant tambahan atau tidak.
BRAKE
Brek adalah alat yang penting giler dalam keto
anda. Adalah tersangat penting giler brake pad atau brake shoe yang dah
haus diganti dengan yang baru. Periksa juga salur hidraulik brek kalau
ader crack atau longgar kat mana-mana part yang buleh menjejaskan
prestasi berhenti ketika membrek.
Kebanyakan services diatas perlu dilakukan oleh Mekanik hanya perkara asas saja yang perlu dilakukan oleh pemilik kereta.
PANDUAN SERVICES KERETA
Panduan secara asas yang mampu dilakukan oleh pemilik kenderaan.
1.Radiator
- Takat air atau coolant dalam radiator perlu diperhatikan dari
masa kesemasa supaya ia berada pada takat yang sepatutnya.
2.Penapis udara
- Bertindak sebagai system tapisan udara enjin seterusnya ke
bahagian system pembakaran. Ianya perlu diganti pada setiap
kilometre tertentu, kebiasaanya setiap 5000km (bergantung
pada jenis penapis udara)
3.Penutup minyak enjin
- Tempat memasukkan minyak enjin, pastikan tiada kebocoran
berlaku pada penutup tersebut.
4.Penutup spark plug
- Pada bahagian bawah penutup tersebut terdapat spark plug atau
palam pencucuh. Keadaan spark plug perlu diperhatikan dang
anti jika keadaannya telah rosak. Kerosakkan pada spark plug
boleh mengakibatkan enjin terasa berat,sebu,atau jerking
tersengguk-sengguk). Pada artikel akan dating kita akan
berbicara mengenai kondisi spark plug.
5.Bateri
- Pastikan bateri berada pada keadaan yang baik supaya tidak
berlaku perkara yang tidak diingini. Bacaan normal bateri
adalah 12v ~ 12.5v ketika enjin tidak dihidupkan dan 13.5v~
14.0v ketika enjin hidup.
6.Brake fluid reservoir tank
- Pastikan minyak brek berada pada takat yang sepatutnya dan
tidak mengalami kebocoran.
7.Power steering fluid reservoir tank
- Pastikan minyak steering berada pada takat yang sepatutnya dan
tidak mengalami kebocoran.
8.Wiper water tank.
- Tempat simpanan air wiper/pengelap cermin. Tambah jika kurang.
Sebagai tambahan, anda bole tmbah windshield washer, senang
cket..bg clear cket windsreen kita nnti..
# Sila tambah kalau ada komen #
SEKIAN
Kumpulan FILM INDOXXI Terbaru 2020
BalasPadamNonton INDOXXI
Nonton LayarKaca21
Nonton Bioskopkeren
Nonton Film Terbaru
Nonton Disini Drakor Terbaru
Nonton Disini Serial MandarinTerbaru
Nonton Disini AnimeTerbaru
Nonton Disini Film India Terbaru
Nonton Film Gratis
BIOSKOP LAYAR KACA
TERBARU DAN TERLENGKAP SILAHKAN KLIK LINK DI ATAS :)