SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

18 Jun 2013

KESELAMATAN BONET FLX

KUNCI BONET FLX


Nak kongsikan bagaimana cara menyimpan barang berharga di bonet kereta dengan selamat. Admin ada pengalaman di mana barang berharga diletakkan dibonet kereta seperti komputer riba, peralatan sukan, briefcase, duit tunai dan lain-lain tanpa menggunakan fungsi kunci keselamatan apabila meletakkan kenderaan di mana2. Penjenayah hanya perlu memecahkan cermin pintu kereta bahagian hadapan untuk membuka bonet kereta dibelakang tetapi dengan menggunakan safety lock ini ianya tidak akan berfungsi kecuali hanya dengan menggunakan kunci asal kereta anda.



#Ada cadangan ??

17 Jun 2013

SAGA SV

Proton Saga SV (Super Value) Spesifikasi Dan Harga



Agak tidak keterlaluan jikalau nak dikatakan menyesal kerana Proton telah memgeluarkan Saga SV pada 15/06/2013. Mana tidaknya baru sebulan aku mengharungi bersama dengan CIMB, Tetiba saja Saga SV dah pun keluar SV bermakna "Super Value", Apa boleh buat bro, walau pun pahit terpaksa aku terima dengan hati yang terbuka. Saga SV adala variant dari Saga FLX. Kata orang serupa tapi tak sama. Walau macaman pun kita wajib bersyukur diatas apa yang kita ada. Banyak kelebihannya kalau dibandingkan Saga FLX dengan Saga SV.





Proton Saga SV pada asasnya ialah model Saga FLX yang telah pun berada di pasaran sebelum ini. Melihat kepada imej dari ‘brochure’, harga yang ditawarkan untuk Saga SV bermula dari RM33,888.00, dengan bayaran bulanan serendah RM250.00 (terma & syarat). Model tersebut didatangkan dengan transmisi manual dan CVT. Merujuk kepada harga yang ditawarkan, kita patut berterima kasih kepada Proton kerana memahami hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kenderaan pada harga mampu milik. Cuma kita nantikan esok setakat mana spesifikasi yang akan dibekalkan untuk Saga SV. Hiasan dalaman l/kurang saja dengan Saga FLX.

Saga SV dilengkapi roda keluli bersaiz 13 inci dengan penutup roda, unit radio 1-din dengan pemain CD, stereng kuasa, cermin sisi kawalan manual, lampu signal tepi diintegrasikan dengan cermin sisi, beg udara berkembar, tali pinggang keledar ‘pre-tensioner’, ‘child restraint anchorage’ dan ‘immobiliser’.
Menurut Proton, Saga kekal menjadi model terlarisnya sehingga kini dan ia juga merupakan antara model terlaris di Malaysia. Saga FLX baru-baru ini telah menerima penarafan 3-Bintang dari ANCAP (ASEAN New Car Assessment Programme), di samping turut menerima anugerah sebagai sedan kompak dengan nilai terbaik (Best Value Compact Sedan) oleh NST-Maybank Car of the Year Awards 2012 (COTY).
Enam warna menarik ditawarkan untuk Saga SV termasuk warna baharu ‘Blue Rock’. Ianya juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 3 tahun atau 100,000km (yang mana lebih awal).

Perbezaan Saga FLX dengan SV


Spesifikasi Proton SV :
Enjin: CamPro IAFM, 4 silinder, DOHC 16V
Kapasiti tangki minyak: 40 liter
Prestasi: Manual - Speed ​​160km / h, pecutan maksimum (0-100km) 13s, penggunaan bahan api pada 90km / h 6.0
Prestasi: CVT - Maksimum Speed ​​155km / h, pecutan (0-100km) 14.5s, penggunaan bahan api pada 90km / h 6.3
Ciri-ciri: stereng Tilt, pemain Radio/CD/MP3, tikar Carpet, pemegang nombor plat, Lotus Ride & Handling, Kemasukan Key-less (Key-less remote entry)
Keselamatan & Kawalan: Sistem Penggera, Sistem gerak, sensor Songsang, Central lock pintu & Dwi Beg udara, tingkap Tinted, Punaran Keselamatan (Alarm System, Immobilizer System, Reverse Sensor, Central door lock & Dual Airbag, Tinted window, Security Etching)
Warna : putih pepejal, Tranquility hitam, perak genetik, Blue Rock, Elegant coklat, merah Kebakaran (Solid white, Tranquility black, Genetic silver, Blue Rock, Elegant brown, Fire red)

Proton SV 1.3 Harga di Malaysia (MT / CVT):
1) Tranmisi Manual 
RM33, 888 Metallic
RM33, 438 Solid

2) Tranmisi Penghantaran berterusan ubah (CVT)
RM 36,888 Metallic
RM 36,438 Solid

Maklumat lanjut mengenai Proton Saga SV juga boleh didapati melalui Jadual Harga SV yang dicadang kan oleh Proton Edar - TEKAN




# Ada komen....



SEKIAN

12 Jun 2013

PANDUAN PENJAGAAN TAYAR KERETA

6 Panduan Penjagaan Tayar Kereta


Tayar merupakan komponen paling utama dan terpenting untuk sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia mampu menyebabkan kemalangan, dan boleh mengancam nyawa pemandu serta penumpang. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan. Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta:

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya.


KEDUA
Selepas mendapatkan saiz yang  sesuai, perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya nombor nombor  ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Maklumat ini  boleh digunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.


KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.


KEEMPAT
Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti Michelin, Yokohama, Falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangka hayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang. Penting untuk kita mengetahui keadaan tayar kenderaan kita untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya!


PERINGATAN: 
Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.


#Komen saja deh


SEKIAN

PANDUAN SERVICES KERETA

PANDUAN SERVICES KERETA
    Kereta yang kalau diselenggara dengan sempurna adalah kereta yang selamat untuk dipandu sebab  kerosakan teknikal jarang berlaku. Selain tu juga bolih menjimatkan minyak dan harga jualan balik pun leh jadi tinggi sket kalau nak jual. Kereta yang diselenggara dengan baik biasanya boleh start tak kira ler hujan atau panas. Pastikan kereta di”tune” dengan betul, spark plug punyer api power lagi, minyak enjin serta penapis udara tu kena bersih. Penapis Udara yang berhabuk serta berminyak mengurangkan efficiency keto anda dan buleh mencemarkan udara plak sebab asap kuar hitam. Sebuah kereta buleh bertahan lebih daripada 20 tahun andainya anda mengambil langkah-langkah penjagaan yang sewajarnya. 

• Periksa tekanan angin tayar dan check kerosakan pada tayar dengan kerap. Tukar tayar jika ada benjol, dinding koyak, kelihatan benang tayar, atau lubang yang agak besar atau dalam.
• Periksa semua lampu sama ada menyala atau tidak, tukar mentol yang terbakar.
• Periksa pengilap cermin berfungsi dengan baik dan “blade” getahnya masih elok. Kalau tak elok, kasi tukar la, itu pun mau cakap ka..haiyaaa!!
• Periksa, tambah atau tukar bila perlu minyak pelincir, penapis minyak, air dalam radiator serta coolantnya, air dalam bekas washer tingkap winshield dan juga air bateri.
• Periksa setiap hos samada ada kerekahan especially pada hos radiator
• Periksa setiap belt samada dah crack pecah-pecah atau masih elok especially timing belt.
• Periksa sistem ekzos anda samada ader lubang atau pecah jika ekzos anda bunyi macam ekzos buluh atau bergegar.
Korang dicadangkan menyelenggarakan keto anda tu mengikut jadual dan dibawah adalah senarai alatan penting pada keto anda yang patut di periksa dan diselenggarakan.
• Timing belts
• Cecair Coolant enjin serta sambungannya pada hos
• Salur hidraulik atau kabel brek serta sistem breknya
• Bateri keto serta terminalnya
• Minyak gear
• Saluran petrol
• Valve
• Sistem Suspension, struts serta penyerap hentak (Absorber)
• Sistem Ekzos
• Wayar Ignition
• Sistem steering
• Kipas radiator serta air-cond
• Tayar keto

Apabila servis tuh, elok menggantikan peralatan berikut beb.
• Minyak enjin serta penapis minyaknya sekali
• Palam pencucuh
• Penapis Udara
• Gasket valve
• Minyak gear, minyak brek dan aper sajer jenis minyak yang ader

FUSE
Fuse keto biasanya terletak dalam satu panel di dalam boot hadapan keto anda atau pun berada dibawah steering kereta pada kebanyakan keto. Keto sorong takde ler. Periksa semua fuse sama ada masih elok atau pun dah terbakar. Gantikan fuse yang terbakar tu dengan yang baru dan jangan lupa simpan fuse lebihan sekurang-kurangnya 1 dari setiap jenisnya. Apabila menggantikan fuse, selalulah menggantikannya dengan fuse sama amp nyer. Jika anda menggunakan fuse yang lebih tinggi dari sepatutnya buleh menyebabkan kerosakan alat elektrik kereta anda kerana fuse yang sepatutnya terbakar tu masih lagi elok dibawah bebanan tinggi. Jika fuse yang betul dimasukkan dan fuse masih terus terbakar, ini bermakna ader masalah dalam litar elektrik tersebut, boleh jadi short circuit la tuh.

MINYAK ENJIN
Adalah penting supaya minyak enjin berada pada paras yang betul. Periksa paras minyak enjin kereta anda selalu supaya tidak berada dibawah paras minimum. Masa terbaik untuk check adalah selepas kenderaan tersebut tidak berjalan atau di hidupkan enjinnya semalaman. Semasa check tu, adalah lebih elok kalau keto tu berada atas tanah yang rata sebab bacaan anda nanti adalah lebih tepat. Anda cuma perlu tambah minyak pelincir tambahan apabila deepstick menunjukkan minyak di paras MIN. Disarankan setiap pemilik keto supaya menukar minyak enjin keto setiap 5,000km atau pun 3 bulan yang mana terdahulu. Penapis minyak juga wajib ditukar apabila penukaran minyak enjin dibuat.

PENAPIS UDARA
Jika anda memandu dalam keadaan biasa, elok ler kalau check keadaan penapis udara keto anda dalam sebulan sekali. Tapi kalau korang bawak selalu bawak dalam keadaan yang extremely berhabuk, disarankan supaya tukar atau bersihkan oil filter tu setiap 2,000km. Sekarang nie ramai yang suka pakai re-useable filter yang tahan lebih lama dan boleh dicuci semula, so yang nie cuma perhatikan tahap kebersihan filter tersebut dan bersihkan apabila perlu. 

SISTEM PENYEJUK
Air dalam radiator boleh diperiksa lebih kurang 6 bulan sekali. Jika didapati air bersama bahan coolant di dalam radiator berkarat, isi kandungan radiator harus dibuang, dibilas beberapa kali dengan air bersih, kemudian diisi semula dengan air bersih dengan bahan coolant yang baru. Perhatikan juga sirip radiator supaya tiada bahan-bahan asing seperti daun, serangga, batu kecil, tanah atau apr sajer tidak tersangkut pada sirip tersebut. Jika sirip tersebut kotor, anda cuma perlu membersihkannya dengan menyembur air tekanan rendah dari hos paip rumah anda. Periksa bahagian reserve tank untuk coolant samada perlu diisi semula dengan coolant tambahan atau tidak. 

BRAKE
Brek adalah alat yang penting giler dalam keto anda. Adalah tersangat penting giler brake pad atau brake shoe yang dah haus diganti dengan yang baru. Periksa juga salur hidraulik brek kalau ader crack atau longgar kat mana-mana part yang buleh menjejaskan prestasi berhenti ketika membrek. 

Kebanyakan services diatas perlu dilakukan oleh Mekanik hanya perkara asas saja yang perlu dilakukan oleh pemilik kereta.





PANDUAN SERVICES KERETA


Panduan secara asas yang mampu dilakukan oleh pemilik kenderaan.


1.Radiator
- Takat air atau coolant dalam radiator perlu diperhatikan dari
  masa kesemasa supaya ia berada pada takat yang sepatutnya.
 
2.Penapis udara
- Bertindak sebagai system tapisan udara enjin seterusnya ke 
  bahagian system pembakaran. Ianya perlu diganti pada setiap 
  kilometre tertentu, kebiasaanya  setiap 5000km (bergantung 
  pada jenis penapis udara)


3.Penutup minyak enjin
- Tempat memasukkan minyak enjin, pastikan tiada kebocoran     
  berlaku pada penutup tersebut. 


4.Penutup spark plug
- Pada bahagian bawah penutup tersebut terdapat spark plug atau 
  palam pencucuh. Keadaan spark plug perlu diperhatikan dang 
  anti jika keadaannya telah rosak. Kerosakkan pada spark plug   
  boleh mengakibatkan enjin terasa berat,sebu,atau jerking 
  tersengguk-sengguk). Pada artikel akan dating kita akan   
  berbicara mengenai kondisi spark plug. 

5.Bateri
- Pastikan bateri berada pada keadaan yang baik supaya tidak 
  berlaku perkara yang tidak diingini. Bacaan normal bateri 
  adalah 12v ~ 12.5v ketika enjin tidak dihidupkan dan 13.5v~ 
  14.0v ketika enjin hidup.

6.Brake fluid reservoir tank
- Pastikan minyak brek berada pada takat yang sepatutnya dan 
  tidak mengalami kebocoran.

7.Power steering fluid reservoir tank
- Pastikan minyak steering berada pada takat yang sepatutnya dan 
  tidak mengalami kebocoran. 

8.Wiper water tank.
- Tempat simpanan air wiper/pengelap cermin. Tambah jika kurang.
  Sebagai tambahan, anda bole tmbah windshield washer, senang 
  cket..bg clear cket windsreen kita nnti..





# Sila tambah kalau ada komen #



SEKIAN

ODOMETER atau TRIPMETER

ODOMETER atau TRIPMETER


Odometer

Kiraan perjalanan kenderaan kita dalam kilometer dari mula kereta kita dikeluarkan sehinggalah ia menamatkan perkhidmatan (sekiranya masih berfungsi), perkiraan ini tidak boleh di SET SEMULA dan akan terus berubah selagi kereta anda boleh bergerak.

Tripmeter
Fungsi ini kita boleh gunakan untuk menganggarkan jarak perjalanan kita dari satu tempat ke satu tempat yang kita nak tuju, dalam kilometer juga cuma perkiraan ini BOLEH di SET SEMULA dengan menekan butang dihadapan meter tersebut selama 10-20 saat.Ok seterusnya mari kita tengok macamana cara kita nak kira anggaran penggunaan minyak per kilometer(??sen/km) 
Langkah Pertama 
Isi minyak kereta anda di stesen minyak yang terdekat dalam satu isian tangki penuh, maksudnya time isi tu sampai nozel pam minyak tu berhenti sendiri.
Langkah Kedua 
Set semula fungsi Tripmeter ke angka 0.0 macam saya cakap kat atas tadi dan anda boleh memulakan perjalanan ke destinasi yang anda nak tuju. Langkah Ketiga - Bila tiba di tempat yang anda tuju itu, carilah stesen minyak yang berhampiran dan isi semula minyak kereta anda sehingga penuh macam di Langkah Pertama dan catatkan bacaan meter pada pam minyak tersebut (RM dan LITER)
PERKIRAAN ANGGARAN PENGGUNAAN MINYAK KERETA
(Jumlah RM) bahagi dengan (Bacaan Tripmeter) = (dapat hasil pengunaan RM anda dalam setiap KM) Contoh: RM30 / 200KM = RM0.15/KM Penggunaan 15 sen untuk setiap Kilometer.




#Sila tinggalkan komen kalau ada komen



SEKIAN

PETANDA ALTERNATOR BERMASAALAH

Petanda Alternator Kereta Bermasalah

Kita sudah mengetahui tentang fungsi alternator kereta. Umumnya, ia adalah salah satu daripada komponen yang wujud dalam sistem cas automotif.
Biasanya alternator ini boleh dijumpai di bahagian hadapan enjin kereta dan crankshaft yang akan membantunya beroperasi.

Bagaimana Untuk Periksa Alternator Kereta?

Langkah pertama adalah menghidupkan enjin kereta dan biarkan ia sekurang-kurangnya 3 minit. Jangan buka sebarang lampu, penghawa dingin dan komponen dalam kereta yang lain. Kemudian cabut kedua-dua kepala bateri yang mempunyai simbol negatif (-) dan positif (+). Kemudian lihat apa yang berlaku pada kereta kita. Terdapat dua situasi yang akan berlaku apabila kita menanggalkan kepala bateri selama 5 minit:
  1. Sekiranya enjin kereta kita masih hidup, maka itu tandanya alternator kita masih berfungsi dengan baik.
  2. Sekiranya enjin kereta mati, ia penanda aras bahawa alternator kita bermasalah dan perlu diganti.

3 Petanda Alternator Bermasalah

Terdapat 3 petanda ketara yang menjelaskan alternator kereta mengalami masalah.


Antaranya adalah:
  1. Power window bergerak dengan perlahan.
  2. Lampu kereta malap ketika enjin dihidupkan.
  3. Bateri kereta yang lemah.
Semoga perkongsian mengenai alternator kereta ini dapat memberikan manfaat kepada kita sebagai pemandu kereta. Sekiranya alternator kereta kita bermasalah, segera ke kedai servis kereta yang berdekatan bagi mengelakkan daripada masalah yang lebih besar berlaku.



Fungsi Alternator Kereta dan Kepentingannya

 Pengetahuan terhadap alternator ini penting bagi memantapkan lagi ilmu kita terhadap sistem dalaman kereta. Alternator adalah salah satu komponen yang terdapat dalam sistem cas automotif.
Sistem cas automotif terdiri daripada 3 komponen penting iaitu:
  1. Bateri.
  2. Voltan.
  3. Alternator.

Fungsi dan Kepentingan Alternator Kereta

Alternator adalah alat elektromekanikal yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik (alternating current / AC). Fungsi utama alternator adalah mengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan, apabila enjin kereta dihidupkan. Jika kita perasaan, apabila enjin hidup, segala bahagian kereta dapat berfungsi seperti:
  • Interior dan exterior lights (lampu luaran dan dalaman kenderaan).
  • Radio.
  • Wiper
  • Dan lain-lain.
Alternator adalah bahagian kenderaan yang memberikan bekalan tenaga terhadap item-item di atas.
Manakala automotive alternator pula berfungsi untuk mengawal voltan output. Ia menggunakan satu set rectifier (diode bridge) untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC.

Di Mana Terletaknya Alternator Kereta

Alternator biasanya boleh dijumpai di bahagian hadapan enjin kereta. Ia digerakkan oleh crankshaft, di mana menukarkan piston yang bergerak atas bawah menjadi gerakan pusingan.Boleh rujuk imej di atas untuk meningkatkan pemahaman kita terhadap kedudukan alternator. Dalam artikel seterusnya, kita akan membincangkan isu tanda-tanda alternator kereta bermasalah. Ia merupakan maklumat penting kepada pemilik kenderaan supaya dapat memberikan signal bahawa kereta kita sedang menghadapi masalah.



#Sila tinggalkan komen anda

SEKIAN


MEMBELI WANGIAN KERETA

Bagaimana Membeli Wangian (Perfume) Kereta

Jika pembaca berjantina wanita, maka keperluan pewangi dalam kereta seperti satu kewajipan. Wanita tidak suka pada bau yang kurang menyenangkan.


Berlainan dengan lelaki. Mereka bersifat lebih natural dalam semua perkara termasuk kereta. Namun begitu, terdapat beberapa perkara penting mengenai pewangi kereta. Pertamanya, pewangi kereta dapat menghilangkan bau hapak dan bau-bau yang tidak menyenangkan. Khususnya bagi pemilik kereta yang gemar hisap rokok, pewangi kereta bertindak untuk menghapuskan bau yang kurang enak di dalam kereta. Selain itu, pewangi kereta dapat meningkatkan estim kita ketika memandu. Ini dapat mengelakkan daripada risiko mengantuk khususnya apabila kita memandu untuk jarak yang jauh.

Bagaimana Membeli Pewangi (Perfume) Kereta?

Masalah utama yang dihadapi oleh pembeli pewangi kereta adalah kualiti produk itu sendiri. Kebanyakan pewangi kereta menghampakan pembelinya menerusi tempoh hayat produk itu sendiri.
Ada yang hanya tahan selama 1 minggu sahaja. Rata-rata pemilik kenderaan membeli pewangi kereta, supaya pewangi itu dapat bertahan sekurang-kurangnya tempoh 3 hingga 4 minggu. Justeru itu, ini adalah satu daripada cara bagaimana membeli pewangi kereta yang berkualiti.
Mesej ini disampaikan berlandaskan logik dan keperluan manusia.

Pewangi Kereta Tahan Lama

Elakkan daripada terus membeli pewangi kereta tanpa melakukan sebarang penyelidikan. Sebagai contoh, kita boleh dapatkan maklumat percuma dengan menghubungi penjual pewangi kereta.
Tanyakan soalan-soalan seperti berikut sebelum membeli:
  • Berapakah tempoh hayat pewangi kereta?
  • Adakah tempoh itu bergantung pada kondisi bau kereta kita?
Tanya soalan seperti di atas dan minta nasihat daripada penjual sebelum membeli. Ini dapat mengelakkan diri kita daripada rasa tidak puas hati. Antara pewangi kereta yang berkualiti adalah pewangi kereta CarSemerbak. CarSemerbak – Tahan Lama, Tetapi… Tidak semua produk dilahirkan fungsinya sempurna. Begitu juga CarSemerbak. Produk wangian kereta ini adalah di antara yang terbaik pernah kami guna. Antara yang terbaik adalah haruman dalam bentuk cecair.
Namun begitu, ketahanannya bergantung pada tahap bauan asal dalam kereta kita. Jika kereta kita mempunyai bauan yang kuat, mungkin jangka hayat CarSemerbak ini sekitar 1 hingga 2 minggu sahaja.Jika kondisinya baik, berkemungkinan besar tahan sehingga 4 minggu berturut-turut.
#Ada komen?
 SEKIAN

WHEEL ALIGNMENT

Bilakah Anda Perlu Memeriksa Wheel Alignment


Tayar yang berada dalam keadaan yang baik dapat membantu meningkatkan keselamatan dan keselesaan ketika pemanduan. Dalam artikel kali ini akan diterangkan bilakah masa yang sesuai untuk memeriksa wheel alignment. 

Apakah itu Wheel Alignment?
Wheel Alignment ialah satu pengukuran yang kompleks dalam sudut suspensi kereta dan pengubah suaian terhadap suspensi kereta. Dalam maksud yang lebih mudah wheel alignment membantu kereta berada dalam keadaan lurus ketika memandu di jalan lurus. Selain itu ia membantu memaksimakan penggunaan tayar dengan baik.

Bilakah Masa Sesuai Untuk Periksa Wheel Alignment
Sentiasa periksa keadaan wheel alignment kereta anda bila :
#1- Kereta anda terlanggar lubang atau melalui jalan yang rosak.
#2- Penggunaan tayar kereta tidak sekata dan tidak normal.
#3- Anda mengalami masalah pada stereng atau pengendaliannya seperti :
  • Kereta anda bergerak ke kanan atau ke kiri ketika di jalan lurus.
  • Stereng kereta tidak memberi tindak balas yang baik ketika mengambil selekoh.
#4- Membeli tayar baru dan mahukan tayar tersebut tahan lama.
#5- Menggantikan komponen pada suspensi kereta atau stereng.




#Ada pendapat sila komen

SEKIAN

TIP JIMAT MINYAK KERETA

  Rahsia Cara Pemanduan


Satu daripadanya adalah tip jimat minyak kereta. Ramai pemilik kenderaan cenderung untuk mengetahui tip ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan kenaikan harga minyak. Artikel kali ini akan membuka mata kita mengenai cara-cara untuk menjimatkan minyak kereta. Cara ini juga bukan cara ‘hitam’ yang menggunakan sebarang trik, bahan, atau mana-mana bahagian dalaman kereta.

Cara Memandu Memberi Kesan Pada Penggunaan Minyak Kereta

Kebanyakan pemandu kereta tidak mengambil endah tentang cara pemanduan kereta. Sedangkan ini adalah satu daripada faktor penting dalam tip penjimatan minyak kereta.
Buat pengetahuan para pembaca, terdapat beberapa cara pemanduan yang memberi kesan yang besar terhadap penggunaan minyak kereta kita.
Antaranya adalah:
  1. Kelajuan statik.
  2. Penggunaan gear.
  3. Kawalan stereng.
#1 – Kelajuan Statik – Kurang Pecutan Mengejut
Apabila kita memandu menggunakan kelajuan yang statik di jalan raya, ia sangat membantu untuk menjimatkan minyak. Ini kerana ia mengurangkan pecutan mengejut. Dalam masa sama, penggunaan brek yang minimum juga mendorong kepada penjimatan minyak kereta. Penambahbaikan dari segi teknologi untuk membendung isu ini adalah menerusi fungsi ‘auto cruise‘ dan gear ‘overdrive‘.

#2 – Penggunaan Gear – Rendah atau Tinggi?
Penggunaan gear memainkan peranan dalam isu penjimatan minyak kereta ketika memandu. Justeru itu, sentiasa peka dan pilih gear yang sesuai apabila memandu di jalan raya. Biasanya kesilapan yang dilakukan di sini adalah pengguna kereta menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi. Ini menyebabkan pembaziran minyak.

#3 – Kawalan Stereng – Jangan Usik-usik
Kurangkan penggunaan stereng kereta ketika memandu di jalan yang lurus. Perbuatan mudah ini dapat meminimumkan geseran tayar dengan permukaan jalan. Sekaligus mengurangkan tekanan enjin untuk menggerakkan kereta.

Tip Jimat Minyak Kereta – Amal dan Rasai Sendiri

Semoga perkongsian kami dalam artikel kali ini memberikan manfaat yang banyak kepada pemilik kenderaan. Peningkatan harga minyak petrol khususnya sentiasa menggugat rakyat. Justeru itu, kita punya pilihan. Memilih untuk membazirkan minyak atau mengamalkan tip-tip mudah seperti yang dikongsikan di atas. Kemudian rasai kuasa penjimatan itu sendiri.


RUMUSAN PENTING

KADAR PENGGUNAAN PETROL ADALAH BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA FAKTOR YANG SENTIASA BERUBAH SEPERTI :

-TABIAT PEMANDUAN,
-BEBAN BARANG DAN PENUMPANG DALAM KENDERAAN,
-TEKANAN ANGIN TAYAR DAN SAIZ TAYAR,
-UMUR KENDERAAN,
-KAEDAH PENJAGAAN DAN SERVIS MENGIKUT SPESIFIKASI PENGILANG,
-RINTANGAN ANGIN DI JALANRAYA,
-FAKTOR PEMILIHAN LALUAN BERBUKIT ATAU LALUAN RATA
-CUACA, KELAJUAN PURATA KENDERAAN,
-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA SISTEM ENJIN
-KESESAKAN TRAFIK JUGA MENYEBABKAN PEMBAZIRAN PENGGUNAAN PETROL



Tipss jimat minyak yang selalu praktikkan. Kekadang tu tak semuanya admin ikut, tapi bila dah ada panduan ni, admin selalulah beringat terutama di tengah-tengah bulan bila duit dalam poket dah mula kering.

Di sini admin akan memberikan tips praktikal panduan secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol kenderaan anda dengan mudah dan berkesan.. ye ker..tak caya cer try dulu..

1. Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk.

Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, anda boleh merasa perbezaannya, sebagai contoh; sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap dengan ketara dan seringkali anda dapat menghidu baunya. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian minyak, anda perlu menjadikan amalan mengisi petrol di awal pagi, malam atau ketika cuaca sejuk.

2. Isikan minyak sehingga tangki penuh.

Ramai yang tersilap benda ni. Ada yang mengatakan kenderaan akan menggunakan minyak yang banyak kerana beban dah jadi berat sebab minyak dah full tank. Tetapi anda silap, sebenarnya, minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki minyak anda banyak yang kosong. Benarnya tips ini tidak boleh disangkal lagi, petrol atau diesel sifatnya meruap. Semakin besar ruang semakin banyak petrol atau diesel meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin dan sudah tentunya ia merugikan anda. Jadi untuk itu disarankan untuk penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru nak diisi. Lagi satu bila anda isi minyak sikit-sikit , anda perlu sering ke stesen minyak, alangkah malangnya kalau rumah atau tempat kerja kita terletak jauh dari stesen minyak.. takke rugi juga tu.. hehehe

3. Isi minyak anda secara perlahan-lahan

Biasanya kalau di stesen minyak, kita nak cepat dan kita tarik toggle pump minyak tu di tahap paling maksimum dengan andaian minyak akan masuk dengan lebih banyak dan cepat. Tetapi andaian anda tu salah, anda sepatutnya isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol atau diesel tadi dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas.

4. Bawa kereta dalam kelajuan yang sederhana tetapi konsisten

Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kelajuan 70 – 90 km sejam adalah speed yang bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Memandu melebihi 90 kilometer sejam akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j bertambah 15 peratus dan 110 km/j bertambah sebanyak 25 peratus. Ia berbeza bagi setiap cc kenderaan anda, lagi tinggi cc kenderaan anda lagi banyak minyak dibakar. Pandu terlalu perlahan pula membebankan kenderaan dan gear yang menyebabkan enjin keletihan yang akhirnya enjin tu terpaksa menelan minyak yang banyak untuk menghilangkan dahaga.. betul ke teori aku tu..

5. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.

Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Ini kerana bahagian-bahagian enjin mendapat rawatan yang berkala setelah anda menggunakan khidmatnya untuk tempoh yang tertentu. Jangan malas nak periksa tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara (benda penting yang bersangkut paut dengan enjin). Sebaiknya 4 bulan sekali kenderaan anda tu perlu diselenggara.

6. Gunakan bahan rawatan petrol untuk enjin anda

Sekarang dah banyak produk untuk rawatan enjin di jual di pasaran. Anda cuma perlu memilih produk yang bersesuaian dengan enjin kereta anda. Sebaiknya searchlah kat internet terlebih dahulu. Carilah produk yang ramai orang guna dan terbukti berkesan, jangan pula beli yang kat pasar malam ataupun pasar minggu tu. Itu biasanya tak melalui analisis yang sempurna, so tak boleh dipercayai sangat, takut-takut datangkan efek lain pada kenderaan anda pula nanti.

7. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.

Tahap angin sebenarnya bergantung pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Kalau boleh, dua minggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik juga memastikan cengkaman tayar di tahap yang baik dan pada yang sama memanjangkan jangka hayat tayar kita daripada haus dengan cepat disebabkan geseran antara tayar dan permukaan jalan yang tidak seimbang.

8. Kurangkan penggunaan air cond / penghawa dingin

Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak memerlukan anda untuk menghidupkan penghawa dingin. Buka tingkap sedikit untuk pengudaraan berfungsi. Penggunaan aircond sebenarnya meningkatkan penggunaan minyak. Enjin menjadi lebih berat, kalau anda tak percaya cuba matikan air cond sewaktu kenderaan anda mendaki bukit, pasti anda akan rasa perbezaan yang ketara dari segi bunyi dan prestasi enjin kenderaan anda tu.

9. Jangan buka tingkap terlalu luas

Bila dah matikan aircond, janganlah pulak buka tingkap luas-luas. Kenderaan anda akan menjadi lebih berat sebab angin yang masuk kedalam kereta anda akan terperangkap. Jadi bukalah separuh dan satu atau dua tingkap saja untuk membolehkan pengudaraan berjalan dan bukannya semua tingkap.

10. Kurangkan beban

Barang-barang yang tidak perlu dalam kenderaan perlulah dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. Mengikut kajian, penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

11. Matikan enjin kenderaan anda jika perlu

Jika kenderaan tidak bergerak terlalu lama, matikanlah enjin kenderaan anda, sebagai contoh; bila anda sedang menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak. Kalau anda ni seorang yang brutal, tiap kali berhenti kat trafik light, anda matikanlah enjin anda, mesti semua orang tengok anda sambil mengeleng-ngelengkan kepala. Hehehe.. kedekut tahi hidung masin budak ni.. bisik mereka dalam hati..

12. Gunakan gear yang sesuai mengikut situasi

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin dipaksa bekerja lebih banyak. Begitu juga bila mendaki bukit, jangan gunakan gear tinggi sebab enjin anda takkan mampu mendakinya, gunakan gear rendah terlebih dulu. Ni juga boleh menyelamatkan gear anda dari cepat rosak. Jangan segan-segan nak gunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

13. Jangan brek mengejut

Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek secara mengejut kerana ini akan menyebabkan enjin anda terkejut dan sekali gus menyebabkan enjin anda cepat penat, yela nak start speed balik.

14. Rancang hala tuju perjalanan anda

Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dengan pelbagai kerja. Misalnya balik kerja dari pejabat, anda boleh singgah beli barang rumah kat mana-mana kedai berdekatan. So hujung minggu dah tak perlu lagi nak keluar, minyak pun save



EXTRA
Joe sikit la...tarak boley ka


#Kalau ada komen SILA komen

SEKIAN

PENGHAWA DINGIN KERETA

BERINGAT DENGAN AIRCON KERETA


Artikel ini saya peroleh daripada sumber global. Ia dilihat sebagai satu maklumat penting yang wajar dikongsikan oleh pembaca semua dan banyak kebenarannya.

Jangan Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta

Buka tingkap terlebih dahulu sebaik sahaja memasuki kereta. Jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Selain menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun pada bahagian tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Jika dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar Pendedahan Benzene

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan adalah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2,000 – 4,000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.
Penumpang di dalam kereta akan menyedut toksik yang berlebih-lebihanan secara tidak sedar.

Buka Tingkap dan Pintu 

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku adalah dengan membuka tingkap, dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemarkan buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk mengeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh.

 

Masalah Aircond Kereta dan Jalan Penyelesaiannya

 

Persoalan mengenai masalah penghawa dingin atau aircond kereta adalah satu isu yang normal. Sebagai pemilik kenderaan, tugas kita adalah memastikan aircond kita berada dalam keadaan baik supaya ia dapat memberikan keselesaan ketika pemanduan.

Khususnya untuk pemanduan jarak jauh. Malah aircond juga memberikan kesan yang kurang baik apabila kita memandu ketika cuaca panas terik. 

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang mungkin 3 jenis masalah aircond kereta. Dalam masa yang sama, kita akan sama-sama mendalami ilmu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

Masalah #1 – Kipas Tidak Bergerak

Masalah pertama ini mudah untuk diselesaikan dengan segera. Biasanya kita akan dapati kipas kereta gagal berfungsi atau putarannya sangat lemah. Untuk kedua-dua situasi ini, jalan penyelesaiannya adalah menukarkan kipas yang baru di kedai servis kereta yang berdekatan.

Masalah #2 – Aircond Berbau

Masalah ini berpunca daripada dua perkara iaitu:
  1. Aircond sudah lama tidak servis sehingga menyebabkan bahagian dalam berkulat, atau…
  2. Terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran aircond kereta.
Jalan penyelesaiannya? Servis aircond kereta kita.

Masalah #3 – Aircond Tidak Sejuk

Penerangan ini jelas disampaikan oleh pemilik blog Usahawan Melayu Muda. Menurut penulisnya:
Periksa kandungan gas aircond kereta dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas).
Jika ada buih pada kaca cerap, tandanya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Kemudian pasangkan aircond. Perhatikan kipas di hadapan radiator kondenser.
Aircond tidak cukup sejuk juga menimbulkan masalah. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircond diservis.
Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang menghidupkan dan mematikan aircond kereta secara automatik.
Jalan penyelesaiannya adalah, kita pergi ke mana-mana pusat servis kereta dan minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircond lebih lama dihidupkan.

#Kalau ada masalah lain tu bagi ler pendapat

 

BERHATI-HATI DAN BERINGAT SEBELUM KENA


SEKIAN

TIP PENJAGAAN BATERI KERETA

Penjagaan Bateri Kereta


Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk Menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya. Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.

2 Jenis Bateri Kereta

Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:
  1. Bateri basah.
  2. Bateri kering.
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering. Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.

3 Cara Menjaga Bateri Kereta

Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.

Berikut adalah 3 cara menjaga bateri kereta.

#1 – Seminggu Sekali
Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.

#2 – Buang Debu Putih
Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya. Cara untuk bersihkan adalah menerusi (diambil dari blog Tip Penjagaan Kereta):
  1. Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
  2. Satu sudu teh serbuk.
  3. Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

#3 – Sentiasa Periksa Bateri
Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan. Semoga perkongsian mengenai tip penjagaan kereta oleh saya kali ini membantu para pembaca. Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang memiliki kereta.

 SILA KOMEN SIKIT


SEKIAN


PENJAGAAN SISTEM BREK KERETA

Cara Penjagaan Sistem Brek Kereta


Sistem brek sangat penting bagi menjamin keselamatan pemandu walau di mana jua mereka berada.

Ini kerana sistem brek merupakan salah satu daripada aspek keselamatan paling penting, ketika kita sedang memandu.
Secara asasnya. sistem brek terdiri daripada 6 komponen iaitu:
  1. Disc brake.
  2. Pelapik brek (Break pad).
  3. Saluran minyak.
  4. Vakum pam.
  5. Tabung minyak enjin.
  6. Pedal brek (Tempat meletakkan kaki untuk brek).
Tanpa salah satu daripada komponen di atas, kereta kita berada dalam keadaan berisiko. Dalam masa yang sama, pentingnya untuk kita tahu bagaimana untuk menjaga sistem brek.
Ini bagi menyelamatkan kita daripada terjadinya sebarang musibah ketika pemanduan. Serta menjimatkan kos sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada brek.
Sekiranya kita tidak tahu mengenai penjagaan sistem brek, kita akan menghadapi kos penyelenggaraan yang tinggi.


3 Tip Penjagaan Sistem Brek Kereta

#1 – Periksa Pelapik Brek Hadapan
Pemeriksaan brek hadapan ini dikhususkan untuk pemilik kenderaan transimisi automatik.

Brek hadapan kereta kita akan lebih cepat haus berbanding belakang. Justeru itu, sentiasa biasakan diri untuk melakukan pemeriksaan terhadap brek hadapan, sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.
Untuk pemeriksaan, boleh hantar ke bengkel kereta yang berdekatan dengan rumah.

#2 – Alihkan Kaki Daripada Pedal Brek
Sekiranya kita mempunyai tabiat gemar meletakkan kaki pada pedal brek, mulai hari ini, ubah kebiasaan itu. Ini kerana semakin kerap kita menekan pedal brek dalam keadaan sengaja tidak sengaja, semakin cepat ia menjadi haus dan perlu diganti. Dengan meletakkan kaki pada kawasan luar daripada pedal brek, kita dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

#3 – Periksa Paras Minyak Brek (30 Hari 1 Kali)
Bagi yang kerap menggunakan kereta setiap hari (selama 30 hari berturut-turut), pastikan kita meluangkan masa 1 hari untuk periksa paras minyak brek kereta. Pastikan ia berada di antara paras maksimum dan minimum. Ini bermakna, tidak terlalu maksimum dan jangan biarkan ia berada pada paras minimum. Maklumat tentang penjagaan sistem brek kereta yang dikongsikan ini adalah penting, bagi memastikan tahap keselamatan kita berada di tahap yang optimum, ketika sedang memandu.
Kecelakaan jalan raya berlaku berpunca daripada kegagalan pemandu menjaga kereta mereka dengan lebih baik. Kita boleh pilih untuk menjadi salah seorang daripada individu yang ditimpa kecelakaan, atau mengelakkannya daripada berlaku. Sebarkan maklumat ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang lain. 


INTIPATI

  1. Setiap sebulan sekali pereksa paras minyak brek kereta anda (tabung minyak depanvacun pam). Pastikan minyak berada diparas antara minima dan maksima. Kalau dapat biarlah diaras maksima.
  2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, pereksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekiranya didapati pencengkam 'makan' tidak sama abtara kiri dan kanan, minta mekanik pereksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan keatas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat membahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
  3. Sekirinya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat tanggal atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memereksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkian kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan keatasnya.
  4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk drpan dan drum belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi) . Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerusakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
  5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pajai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebeh baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya brek akan kurang berkesan.
  6. Kerusakan yang selalu berlaku adalah brek "JAM" . Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerusakan adalah pada angkup yang mengawal palapik brek.
  7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya 2 kali ganda cepatnya) , pastikan anda lebih kerap memereksa pelapik brek hadapan.
  8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada pehak JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran tidak akan melindungi sekiranya berlaku sasuatu bencana disebabkan sistem brek tanpa kebenaran pehak JPJ.
  9. Semasa memandu elakkan kaki daripada berada diatas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
  10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan menggunakan brek, sebaliknya gunakan brek engine (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
  11. Sekiranya anda memandu laju dan secara agaresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.


SELAMAT MEMANDU DAN BERHATI-HATI DIJALAN RAYA


SEKIAN

TIP MEMILIH SPORT RIM

Tip Memilih Sport Rim Kereta


Kebanyakan pengguna kereta yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang isu prestasi kereta, akan melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada peminat kereta.
Khususnya pada bahagian rim tayar. Terdapat sebahagian besar peminat kereta akan melakukan pengubahsuaian rim tayar terlebih dahulu, sebelum bahagian-bahagian kereta yang lain.
Terdapat 2 kelebihan apabila kita menggunakan sport rim iaitu:
  1. Kenderaan selamat di jalan raya – Kereta yang menggunakan sport rim berada dalam keadaan lebih seimbang. Justeru itu, ia meningkatkan keyakinan pemandu untuk memandu dengan lebih laju.
  2. Mengurangkan risiko ketika di selekoh tajam – Tayar yang lebar dapat menyelamatkan kita ketika memandu pada selekoh yang tajam. Kes-kes kemalangan jalan raya biasanya berlaku pada selekoh tajam.
Bagi yang berminat untuk pasang sport rim pada kereta, berikut adalah panduan untuk memilih sport rim kereta.

7 Tip Memilih Sport Rim Kereta

  1. Pilih sport rim yang bersesuaian dengan tayar. Ini bagi mengelakkan daripada sebarang kerosakan pada badan kereta, dan juga merosakkan bunga tayar.
  2. Pilih sport rim yang ringan. Kerana sport rim yang berat akan mengurangkan daya pecutan kereta. Dalam masa sama, ia akan memberikan kesan terhadap penggunaan petrol yang berlebihan.
  3. Pilih corak sport rim yang bersesuaian dengan reka bentuk kereta. Apabila tersilap pilih, ia akan mencacatkan rupa bentuk kereta kita secara keseluruhan.
  4. Dapatkan nasihat daripada pakar seperti pemilik kedai tayar sebelum membeli sport rim.
  5. Elakkan daripada membeli sport rim terpakai. Kerana dikhuatiri sudah mempunyai kerosakan seperti bengkok atau retak.
  6. Beli sport rim berjenama dan berkualiti tinggi seperti Volk TE37, JRD, Oz,  dan sebagainya.
  7. Jangan beli sport rim jika tidak mampu – Jika kita kita tidak mempunyai peruntukan untuk mengubahsuai rim kereta, elakkan daripada membeli terlebih dahulu.
Ketujuh-tujuh tip di atas merupakan panduan yang boleh kita gunakan sebelum membeli sport rim kereta. Ia adalah himpunan daripada pelbagai sumber dan pengalaman pemilik kereta.

Apabila dah berkenan dengan kegayaan RIM tu sudah tentu saiz tayar akan memainkan peranan teramat penting untuk mengimbangi ukuran tersebut.Photo dibawah ada penerangannya tersendiri L:-

Beli sport rim kereta adalah berdasarkan keperluan dan kemampuan, bukan menurut nafsu semata-mata. Selamat memandu dengan sport rim yang baru.

SEKIAN




9 Jun 2013

TEST DRIVE

ULASAN PEMANDUAN SAGA FLX 1.4


Saga FLX ni dari segi exterior sama dengan model FL.

Lampu depan terbonjol ada orang kata macam mata ikan. Grill, bumper pun simple & kemas tak ada lekuk-lekuk tambahan yang memburukkan design kereta. Tayar 14 inci, design lampu belakang kecil sikit dibanding dengan 1st generation BLM. Secara peribadi, bahagian depan kereta lepas facelift dah OK cantik, tapi design belakang saya lebih berkenan design masa BLM bila lampu belakang lebih besar daripada sekarang.

Kadang-kadang kereta bila facelift tak semestinya semua cantik, ada bahagian yang jadi tak cantik pun ada. Terpulanglah.

Bila masuk ke dalam, terdapat seat depan ada bentuk dan rasa firm. Banding dengan seat competitor contohnya Perodua Myvi yang "terlalu rata". Dashboard sama seperti BLM, tapi warna lebih gelap (tempest grey) jadi nampak lebih kelas. Setengah orang tak ada masalah dengan dashboard plastik keras tapi pilihan warna penting supaya tak nampak terlalu murah.

Ruang kaki untuk penumpang belakang sangat luas, tak ada komplen tentang tu. Boot belakang pun luas.

Dari segi ruang dalaman dan bonet, Proton Saga memang berbaloi. Setengah kereta design memang cantik, tapi bila masuk dalam mak datuk sempit berlaga bahu berlaga kaki, boot pun tak besar mana.

Senang cerita, Proton Saga ni lebih kepada practicality berbanding style.

Driving Impression
Dalam pemanduan Proton Saga BLM transmisi automatik , dan kebetulan buat perbandingan Proton Savvy manual. Disebabkan Saga BLM ni base daripada Savvy cuma chasis dipanjangkan sampai jadi bentuk sedan, jadi karakter pemanduan ada kesamaan.

Kalau Savvy, tayar low profile, suspension lebih rendah, roof pun tak tinggi, jadi bila membelok kereta tak rasa membuang atau senget, steady saja.

Saga BLM pula boleh rasa karakter pemanduan seakan Savvy - dari segi steering feel, sudut membelok, cumanya tayar tinggi, suspension tinggi sebab penekanan kepada keselesaan (comfort), roof kereta pun rasa lebih tinggi daripada Savvy, jadi bila membelok boleh rasa body roll lebih sikit (...sikit saja).

Dengan ingatan yang saya ada bila memandu BLM dan Savvy, sekarang,bandingkan dengan Saga FLX.

Saga FLX, steering rasa lebih ketat dan tajam (sharp). Katakan kereta nak masuk ke simpang kiri, tak perlu pulas steering beria-ria, tapi kereta corner cantik tak sampai termasuk lane sebelah. Berat steering cukup untuk pemanduan biasa dan sekali sekala pemanduan bersemangat.

Suspension rasa lebih firm banding dengan BLM, tapi taklah sampai ke tahap tak selesa. Bila langgar bump tak ada masalah, tak adalah sampai rasa nak tercabut buah pinggang. Kalau tanya saya, OK no problem. Kalau tak silap, suspension FLX ni memang Proton tune supaya "handling lebih baik". <- br="" i="" like.="">
Performance
Enjin masih sama 1.3 liter, tapi dengan transmisi CVT enjin rasa lebih responsif dan kereta lebih laju walaupun kelajuan enjin maintain 2000rpm ke bawah. Dibanding dengan Saga transmisi automatik, untuk kelajuan kereta yang sama enjin kena rev sampai 3000rpm baru tukar gear. Inilah sebab kenapa Saga automatik kuat makan minyak. Gear ratio.

Bila pakai transmisi CVT ni, enjin jadi linear dan licin tak ada jerk yang disebabkan oleh turun naik gear - sebab memang tak ada gear.

Kesimpulan
Secara keseluruhan berpuas hati dengan Proton Saga FLX 1.3 CVT sebagai juara kereta tempatan. Design luar kekal simple dan kemas. Ruang dalaman luas, praktikal dan nampak agak kualiti walaupun mengekalkan komponen plastik. Bentuk seat selesa untuk pemanduan jauh.

"Steering feel" bagus dan direct. Terima kasih Lotus.

Saya suka Proton sekarang sebab dah mula nampak ada progress dari sudut kejuruteraan dan refinement.

Jauh beza dengan zaman model-model awal Proton yang cuma asal siap pasang, janji ada rupa kereta. Safety pun kurang, kalau accident confirm mati "penyet", tersepit sebab chasis lembik macam tin milo.

Sekarang tak lagi. Dari segi keselamatan, handling, prestasi semua ada markah.

Cumanya harapan saya semoga Proton teruskan usaha supaya hasilkan enjin yang lebih efisyen, lebih jimat minyak daripada enjin Campro yang ada sekarang. Kalau boleh yang class leading.

Secara peribadi, saya berpendapat yang perlu diupgrade bukannya design exterior (facelift) sebab design Saga BLM dah cukup bagus, bukan juga spoiler atau skirting yang tak memberi apa-apa makna dari sudut aerodinamik, atau sekadar sticker "SE" (tapi performance wise tak SE pun).

Yang perlu diupgrade ialah prestasi enjin (masih lemah dan hambar), dan mutu ride & handling (masih belum cukup refined).

Akhir kata, berbaloi tak beli Proton Saga FLX? Saya kata ya, berbaloi dan harga Proton Saga mesti kekal dalam lingkungan RM35,000-RM45,000.

Kalau lebih daripada harga tu, saya ugut lebih baik beli Perodua "lagi best, lagi laju, lagi mahal".








SEKIAN


Proton Saga FLX Dikuasakan Dengan Transmisi CVT

Proton Saga FLX Dikuasakan Dengan Transmisi CVT


Proton sebagai pengeluar kereta nasional Malaysia telah melancarkan kereta terbarunya iaitu Proton Saga FLX yang mula menemui pengguna pada 25 Julai yang lalu. Proton Saga FLX ini menggunakan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L yang pastinya akan memberikan penjimatan dalam penggunaan bahan bakar (Minyak) serta memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pemandu kereta ini. Disamping itu, Saga FLX ini juga dapat memberikan putaran enjin yang cekap dan terbaik denagn Rotation Per Minute (rpm) yang cekap yang pernah dihasilkan oleh syarikat Proton. Purata harga bagi Saga FLX ini adalah diantara RM 38,598 hingga RM 44,998 dan sudah pasti kereta ini mampu dimiliki oleh rakyat malaysia kerana ia sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli.

Proton selaku pengeluar kereta nasional sudah pastinya akan memberikan keselesaan kepada pemandunya. Oleh itu, Proton Saga FLX telah dihadirkan dengan dua model iaitu  FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive. Proton Saga FLX ini juga mempunyai gear manual dan CVT bagi memberikan pilihan terbaik kepada pemandu untuk memilihnya. Proton Saga FLX ini tampil dengan 5 jenis warna iaitu  Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terkini dari proton iaitu Elegant Brown. Saga FLX ini mempunyai teknologi canggih iaitu Continuously Variable Transmission (CVT). CVT ini adalah merupakan satu teknologi putaran awal (Torque) pada gear yang akan memberikan kuasa terbaik kepada enjin dan penukuran gear yang lembut serta menjimatkan minyak kereta. Ia juga mesra alam kerana penggunaan minyak yang kurang serba sedikit membantu meningkatkan prestasi Proton Saga FLX.



Graft daya pecutan CVT dan AT

Dari segi hiburan pula, Proton Saga FLX ini telah dilengkapi dengan CD player manakala model SE (1.6) mempunyai MP3, USB dan AUX ports. Bagi model SE anda juga boleh mengawal kesemua peranti ini dengan menekan butang yang tersedia di steering anda kerana Proton Saga FLX ini menawarkan “Steering Audio Control” . Secara praktikalnya kereta ini mempunyai “Electric Power Window” yang akan memudahkan anda membuka dan menutup tingkap yang kini didatangkan berserta jaminan sepanjang hayat jika berlaku sebarang kerosakkan serta pintu kereta yang mampu dibuka dengan luas bagi keselesaan pengguna. Kereta ini mampu membuat pusingan dengan cekap iaitu mampu mencapai radius sepusingan sebanyak 5.3 meter dan ini memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan di  tempat letak kereta atau membuat pusingan u-turn.
Faktor keselamatan merupakan antara faktor terpenting ketika membeli kereta. Bagi Saga FLX, soal keselamatan amatlah di ambil berat oleh PROTON dengan menyediakan teknologi “Immobiliser” bertujuan untuk mengesan pemilik kereta yang sah dan mampu membantu untuk mengelak kecurian kenderaan. “Reverse Sensor” merupakan salah satu teknologi yang digunakan bagi mengelakkan pelanggaran kenderaan ketika memakir. Oleh itu, Proton menyediakan “Reverse Sensor” secara vertical dan horizontal yang mengambil kira setiap sudut bagi memastikan pelanggaran tidak berlaku. Ketika memandu Proton Saga FLX, anda pastinya akan merasa selesa, kecekapan kenderaan,stabil serta mempunyai respon yang terbaik ketika anda memandu di selekoh. Terima kasih kepada Proton Ride &Handling teknologi yang diinspirasikan oleh Lotus, ia meberikan pengalaman pemanduan dan keselesaan yang terbaik pada Saga FLX. Kereta ini juga mempunyai “ABS” (Anti-lock Braking System) iaitu teknologi yang membantu kereta ini stabil ketika membrek dan teknologi “EBD” (Electronic Brake Distribution) iaitu memberikan prestasi optimum pada brek bagi setiap tayar . Kereta ini juga dilindungi oleh struktur rangka yang kuat dan tahan lasak serta mempunyai 2 “Airbag” pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi mengurangkan impak kecederaan ketika berlakunya sesuatu kemalangan.. Bagi model 1.3 hanya mempunyai bahagian pemandu sahaja.







Proton Saga FLX ini kerana ia mempunyai satu ruangan keselesaan seperti tempat duduk kelas pertama dan mempunyai ruang bagasi ” Boot” yang luas dan semestinya membuatkan anda berasa selesa dan tenang ketika pemanduan. Selain itu, ia juga  mempunyai 5 ruang letak minuman bagi setiap penumpang dan ruang letak tambahan bagi memudahkan anda meletakkan barangan seperti telefon bimbit, ipod, smart tag  di bahagian duduk hadapan untuk memudahkan anda dan memberikan keselesaan ketika memandu.
Tempahan untuk model Saga FLX boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Saga FLX , video, galeri, spesifikasi, warna dan info lebih lanjut

Perbandingan harga yang ditawarkan




SEKIAN

8 Jun 2013

PERLU TUKAR MASA SERVICES KERETA

Perlu Tukar Masa Services Kereta

Maklumat ni berguna untuk semua orang. Senang nak buat rujukan akan datang.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji…

4. bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
 5. timing belt – 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat – clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km…tukar clutch!

7.Fuel Filter – tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara – yang ni di tukar setiap 20,000km….tapipada mereka yang tukar kepada K&N type…benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF – Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita…tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje….yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil – untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat….sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he…jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15… selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje…maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata “preventive maintenance”

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar…preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran….
Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya “shock absorber”.. perlu diganti setiap 20,000km….! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

SELAMATKAN HARTA ANDA