ODOMETER atau TRIPMETER
Odometer
Kiraan perjalanan kenderaan kita dalam kilometer dari
mula kereta kita dikeluarkan sehinggalah ia menamatkan perkhidmatan
(sekiranya masih berfungsi), perkiraan ini tidak boleh di SET SEMULA
dan akan terus berubah selagi kereta anda boleh bergerak.
Fungsi ini kita boleh gunakan untuk menganggarkan
jarak perjalanan kita dari satu tempat ke satu tempat yang kita nak
tuju, dalam kilometer juga cuma perkiraan ini BOLEH di SET SEMULA dengan
menekan butang dihadapan meter tersebut selama 10-20 saat.Ok seterusnya mari kita tengok macamana cara kita nak kira anggaran penggunaan minyak per kilometer(??sen/km)
Langkah Pertama
Isi minyak kereta anda di stesen minyak yang
terdekat dalam satu isian tangki penuh, maksudnya time isi tu sampai
nozel pam minyak tu berhenti sendiri.
Langkah Kedua
Set semula fungsi Tripmeter ke angka 0.0 macam
saya cakap kat atas tadi dan anda boleh memulakan perjalanan ke
destinasi yang anda nak tuju.
Langkah Ketiga - Bila tiba di tempat yang anda tuju itu, carilah
stesen minyak yang berhampiran dan isi semula minyak kereta anda
sehingga penuh macam di Langkah Pertama dan catatkan bacaan meter pada
pam minyak tersebut (RM dan LITER)
PERKIRAAN ANGGARAN PENGGUNAAN MINYAK KERETA
(Jumlah RM) bahagi dengan (Bacaan Tripmeter) = (dapat hasil pengunaan RM anda dalam setiap KM)
Contoh:
RM30 / 200KM = RM0.15/KM
Penggunaan 15 sen untuk setiap Kilometer.
#Sila tinggalkan komen kalau ada komen
SEKIAN
Kumpulan FILM INDOXXI Terbaru 2020
BalasPadamNonton INDOXXI
Nonton LayarKaca21
Nonton Bioskopkeren
Nonton Film Terbaru
Nonton Disini Drakor Terbaru
Nonton Disini Serial MandarinTerbaru
Nonton Disini AnimeTerbaru
Nonton Disini Film India Terbaru
Nonton Film Gratis
BIOSKOP LAYAR KACA
TERBARU DAN TERLENGKAP SILAHKAN KLIK LINK DI ATAS :)