Penjagaan Bateri Kereta
Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu
bateri kereta. Untuk Menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada
pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya. Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.
2 Jenis Bateri Kereta
Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:- Bateri basah.
- Bateri kering.
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering. Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula
berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering
tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.
3 Cara Menjaga Bateri Kereta
Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta
dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya
mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.
#1 – Seminggu Sekali
Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia
berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap
yang normal. Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.
#2 – Buang Debu Putih
Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya. Cara untuk bersihkan adalah menerusi (diambil dari blog Tip Penjagaan Kereta):
- Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
- Satu sudu teh serbuk.
- Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan
lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali
dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.
#3 – Sentiasa Periksa Bateri
Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu. Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan
sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat
mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi
bagi tujuan pembaikan. Semoga perkongsian mengenai tip penjagaan kereta oleh saya kali ini membantu para pembaca. Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang memiliki kereta.
SILA KOMEN SIKIT
SEKIAN
Kumpulan FILM INDOXXI Terbaru 2020
BalasPadamNonton INDOXXI
Nonton LayarKaca21
Nonton Bioskopkeren
Nonton Film Terbaru
Nonton Disini Drakor Terbaru
Nonton Disini Serial MandarinTerbaru
Nonton Disini AnimeTerbaru
Nonton Disini Film India Terbaru
Nonton Film Gratis
BIOSKOP LAYAR KACA
TERBARU DAN TERLENGKAP SILAHKAN KLIK LINK DI ATAS YA :)
Kumpulan FILM INDOXXI Terbaru 2020
BalasPadamNonton INDOXXI
Nonton LayarKaca21
Nonton Bioskopkeren
Nonton Film Terbaru
Nonton Disini Drakor Terbaru
Nonton Disini Serial MandarinTerbaru
Nonton Disini AnimeTerbaru
Nonton Disini Film India Terbaru
Nonton Film Gratis
BIOSKOP LAYAR KACA
TERBARU DAN TERLENGKAP SILAHKAN KLIK LINK DI ATAS :)