Cara Penjagaan Sistem Brek Kereta
Sistem brek sangat penting bagi menjamin keselamatan pemandu walau di mana jua mereka berada.
Secara asasnya. sistem brek terdiri daripada 6 komponen iaitu:
- Disc brake.
- Pelapik brek (Break pad).
- Saluran minyak.
- Vakum pam.
- Tabung minyak enjin.
- Pedal brek (Tempat meletakkan kaki untuk brek).
Ini bagi menyelamatkan kita daripada terjadinya sebarang musibah ketika pemanduan. Serta menjimatkan kos sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada brek.
Sekiranya kita tidak tahu mengenai penjagaan sistem brek, kita akan menghadapi kos penyelenggaraan yang tinggi.
3 Tip Penjagaan Sistem Brek Kereta
#1 – Periksa Pelapik Brek HadapanPemeriksaan brek hadapan ini dikhususkan untuk pemilik kenderaan transimisi automatik.
Brek hadapan kereta kita akan lebih cepat haus berbanding belakang.
Justeru itu, sentiasa biasakan diri untuk melakukan pemeriksaan terhadap
brek hadapan, sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.
Untuk pemeriksaan, boleh hantar ke bengkel kereta yang berdekatan dengan rumah.
#2 – Alihkan Kaki Daripada Pedal Brek
Sekiranya kita mempunyai tabiat gemar meletakkan kaki pada pedal brek, mulai hari ini, ubah kebiasaan itu. Ini kerana semakin kerap kita menekan pedal brek dalam keadaan
sengaja tidak sengaja, semakin cepat ia menjadi haus dan perlu diganti.
Dengan meletakkan kaki pada kawasan luar daripada pedal brek, kita dapat
menjimatkan penggunaan pelapik brek.
#3 – Periksa Paras Minyak Brek (30 Hari 1 Kali)
Bagi yang kerap menggunakan kereta setiap hari (selama 30 hari
berturut-turut), pastikan kita meluangkan masa 1 hari untuk periksa
paras minyak brek kereta. Pastikan ia berada di antara paras maksimum dan minimum. Ini
bermakna, tidak terlalu maksimum dan jangan biarkan ia berada pada paras
minimum. Maklumat tentang penjagaan sistem brek kereta yang dikongsikan ini adalah penting, bagi memastikan tahap keselamatan kita berada di tahap yang optimum, ketika sedang memandu.
Kecelakaan jalan raya berlaku berpunca daripada kegagalan pemandu menjaga kereta mereka dengan lebih baik. Kita boleh pilih untuk menjadi salah seorang daripada individu yang ditimpa kecelakaan, atau mengelakkannya daripada berlaku. Sebarkan maklumat ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang lain.
INTIPATI
- Setiap sebulan sekali pereksa paras minyak brek kereta anda (tabung minyak depanvacun pam). Pastikan minyak berada diparas antara minima dan maksima. Kalau dapat biarlah diaras maksima.
- Setiap 6 bulan semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, pereksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekiranya didapati pencengkam 'makan' tidak sama abtara kiri dan kanan, minta mekanik pereksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan keatas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat membahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
- Sekirinya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat tanggal atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memereksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkian kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan keatasnya.
- Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk drpan dan drum belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi) . Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerusakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
- Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pajai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebeh baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya brek akan kurang berkesan.
- Kerusakan yang selalu berlaku adalah brek "JAM" . Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerusakan adalah pada angkup yang mengawal palapik brek.
- Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya 2 kali ganda cepatnya) , pastikan anda lebih kerap memereksa pelapik brek hadapan.
- Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada pehak JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran tidak akan melindungi sekiranya berlaku sasuatu bencana disebabkan sistem brek tanpa kebenaran pehak JPJ.
- Semasa memandu elakkan kaki daripada berada diatas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
- Semasa menuruni bukit yang curam, jangan menggunakan brek, sebaliknya gunakan brek engine (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
- Sekiranya anda memandu laju dan secara agaresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.
SELAMAT MEMANDU DAN BERHATI-HATI DIJALAN RAYA
SEKIAN
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamgood info..
BalasPadamArtikel menarik.
BalasPadamSalam
MEDALPOKER.fun
Kumpulan FILM INDOXXI Terbaru 2020
BalasPadamNonton INDOXXI
Nonton LayarKaca21
Nonton Bioskopkeren
Nonton Film Terbaru
Nonton Disini Drakor Terbaru
Nonton Disini Serial MandarinTerbaru
Nonton Disini AnimeTerbaru
Nonton Disini Film India Terbaru
Nonton Film Gratis
BIOSKOP LAYAR KACA
TERBARU DAN TERLENGKAP SILAHKAN KLIK LINK DI ATAS :)
trima kasih info trbaik
BalasPadam