ULASAN PEMANDUAN SAGA FLX 1.4
Saga FLX ni dari segi exterior sama dengan model FL.
Lampu depan terbonjol ada orang kata macam mata ikan. Grill, bumper pun
simple & kemas tak ada lekuk-lekuk tambahan yang memburukkan design
kereta. Tayar 14 inci, design lampu belakang kecil sikit dibanding
dengan 1st generation BLM. Secara peribadi, bahagian depan kereta lepas
facelift dah OK cantik, tapi design belakang saya lebih berkenan design
masa BLM bila lampu belakang lebih besar daripada sekarang.
Kadang-kadang kereta bila facelift tak semestinya semua cantik, ada bahagian yang jadi tak cantik pun ada. Terpulanglah.
Bila masuk ke dalam, terdapat seat depan ada bentuk dan rasa firm.
Banding dengan seat competitor contohnya Perodua Myvi yang "terlalu
rata". Dashboard sama seperti BLM, tapi warna lebih gelap (tempest grey)
jadi nampak lebih kelas. Setengah orang tak ada masalah dengan
dashboard plastik keras tapi pilihan warna penting supaya tak nampak
terlalu murah.
Ruang kaki untuk penumpang belakang sangat luas, tak ada komplen tentang tu. Boot belakang pun luas.
Dari segi ruang dalaman dan bonet, Proton Saga memang berbaloi. Setengah
kereta design memang cantik, tapi bila masuk dalam mak datuk sempit
berlaga bahu berlaga kaki, boot pun tak besar mana.
Senang cerita, Proton Saga ni lebih kepada practicality berbanding style.
Driving Impression
Dalam pemanduan Proton Saga BLM transmisi automatik , dan
kebetulan buat perbandingan Proton Savvy manual. Disebabkan Saga BLM ni base
daripada Savvy cuma chasis dipanjangkan sampai jadi bentuk sedan, jadi
karakter pemanduan ada kesamaan.
Kalau Savvy, tayar low profile, suspension lebih rendah, roof pun tak
tinggi, jadi bila membelok kereta tak rasa membuang atau senget, steady
saja.
Saga BLM pula boleh rasa karakter pemanduan seakan Savvy - dari segi
steering feel, sudut membelok, cumanya tayar tinggi, suspension tinggi
sebab penekanan kepada keselesaan (comfort), roof kereta pun rasa lebih
tinggi daripada Savvy, jadi bila membelok boleh rasa body roll lebih
sikit (...sikit saja).
Dengan ingatan yang saya ada bila memandu BLM dan Savvy, sekarang,bandingkan dengan Saga FLX.
Saga FLX, steering rasa lebih ketat dan tajam (sharp). Katakan kereta
nak masuk ke simpang kiri, tak perlu pulas steering beria-ria, tapi
kereta corner cantik tak sampai termasuk lane sebelah. Berat steering
cukup untuk pemanduan biasa dan sekali sekala pemanduan bersemangat.
Suspension rasa lebih firm banding dengan BLM, tapi taklah sampai ke
tahap tak selesa. Bila langgar bump tak ada masalah, tak adalah sampai
rasa nak tercabut buah pinggang. Kalau tanya saya, OK no problem. Kalau
tak silap, suspension FLX ni memang Proton tune supaya "handling lebih
baik". <- br="" i="" like.="">
Performance
Enjin masih sama 1.3 liter, tapi dengan transmisi CVT enjin rasa lebih
responsif dan kereta lebih laju walaupun kelajuan enjin maintain 2000rpm
ke bawah. Dibanding dengan Saga transmisi automatik, untuk kelajuan
kereta yang sama enjin kena rev sampai 3000rpm baru tukar gear. Inilah
sebab kenapa Saga automatik kuat makan minyak. Gear ratio.
Bila pakai transmisi CVT ni, enjin jadi linear dan licin tak ada jerk
yang disebabkan oleh turun naik gear - sebab memang tak ada gear.
Kesimpulan
Secara keseluruhan berpuas hati dengan Proton Saga FLX 1.3 CVT sebagai
juara kereta tempatan. Design luar kekal simple dan kemas. Ruang dalaman
luas, praktikal dan nampak agak kualiti walaupun mengekalkan komponen
plastik. Bentuk seat selesa untuk pemanduan jauh.
"Steering feel" bagus dan direct. Terima kasih Lotus.
Saya suka Proton sekarang sebab dah mula nampak ada progress dari sudut kejuruteraan dan refinement.
Jauh beza dengan zaman model-model awal Proton yang cuma asal siap
pasang, janji ada rupa kereta. Safety pun kurang, kalau accident confirm
mati "penyet", tersepit sebab chasis lembik macam tin milo.
Sekarang tak lagi. Dari segi keselamatan, handling, prestasi semua ada markah.
Cumanya harapan saya semoga Proton
teruskan usaha supaya hasilkan
enjin yang lebih efisyen, lebih jimat minyak daripada enjin Campro yang
ada sekarang. Kalau boleh yang class leading.
Secara peribadi, saya berpendapat yang perlu diupgrade bukannya design
exterior (facelift) sebab design Saga BLM dah cukup bagus, bukan juga
spoiler atau skirting yang tak memberi apa-apa makna dari sudut
aerodinamik, atau sekadar sticker "SE" (tapi performance wise tak SE
pun).
Yang perlu diupgrade ialah prestasi enjin (masih lemah dan hambar), dan mutu ride & handling (masih belum cukup refined).
Akhir kata, berbaloi tak beli Proton Saga FLX? Saya kata ya, berbaloi
dan harga Proton Saga mesti kekal dalam lingkungan RM35,000-RM45,000.
Kalau lebih daripada harga tu, saya ugut lebih baik beli Perodua "lagi best, lagi laju, lagi mahal".->
SEKIAN