PUNCA GEGARAN KUAT DI SABAH HARI INI
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung GEMPA BUMI yang
didakwa penduduk pada pagi ini di laman sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan
Meteorologi Malaysia pada 05 JuN 2015
A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E
with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo. 16km northwest of Ranau,
Sabah.Tremors felt in Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud,
Sabah. MMD
Satu gempa bumi sederhana telah berlaku di 07:15 06/05 / 15,6.1N
116.6E dengan Magnitud 5.9 dan Kedalaman 54km, Borneo. 16km barat laut Ranau,
Sabah.Tremors dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu,
K.Belud, Sabah. JMM
Kejadian gempa bumi 5.9 skala
Richter yang melanda Ranau di Sabah pada pagi ini ternyata menimbulkan banyak
persoalan yang belum terjawab.
Malah ada yang mempercayai
bahawa kejadian tersebut berlaku kerana penjaga Gunung Kinabalu telah
menunjukkan kemarahannya ekoran perbuatan beberapa orang pelancong asing yang
berbogel di puncaknya baru-baru ini.
Bagi penduduk tempatan Sabah,
mereka amat menghormati Gunung Kinabalu yang dianggap suci dan mempunyai
semangatnya yang tersendiri.
Perbuatan pelancong yang
berbogel dan membuang air di puncak Gunung Kinabalu adalah perbuatan biadap dan
dianggap tidak menghormati “penghuni halus” yang tinggal menetap di sana.
Kepercayaan tersebut hampir
sama dengan kepercayaan penduduk di Negeri Kedah yang mempercayai bahawa Gunung
Jerai sebagai sebuah gunung yang penuh dengan unsur mistik dan dihuni oleh
“orang bunian”.
Sesiapa sahaja yang tidak
menghormati Gunung Jerai sewaktu mendakinya pasti akan ditimpa kecelakaan,
kebiasaannya akan tersesat jalan atau disembunyikan oleh “makhluk halus”
penjaga gunung berkenaan.
Bagi golongan yang berfikiran
moderat, kepercayaan kepada makhluk halus penjaga gunung mungkin hanyalah
kepercayaan kolot dan ketinggalan zaman.
Hakikatnya selain manusia,
makhluk halus ciptaan Tuhan seperti Jin turut berkongsi alam ini dengan
menjadikan tempat-tempat tertentu sebagai penempatan mereka.
Gunung-ganang yang tinggi
seperti Gunung Kinabalu merupakan kawasan yang sesuai untuk dihuni oleh
makhluk-makhluk halus daripada keturunan Jin kerana ianya terletak jauh dari
kawasan penempatan manusia.
Tidak mustahil semangat Gunung
Kinabalu, atau lebih tepat lagi makhluk-makhluk halus yang mendiami Gunung
Kinabalu, telah menyebabkan berlakunya kejadian gempa bumi tersebut.
Bagaimana cara mereka
melakukan perbuatan tersebut tidaklah kita ketahui kerana mungkin mereka
mempunyai teknologi yang lebih canggih daripada manusia yang hidup di alam
nyata.
Menurut laporan daripada
portal The Malaysian Insider sebentar tadi, maklumat dari kaki Gunung Kinabalu
menyebut bahawa seorang maut manakala 200 terkandas, dengan 89 orang
daripadanya masih hilang.
Antara yang terkandas sewaktu
mendaki Gunung Kinabalu selepas berlakunya kejadian gempa bumi pagi tadi ialah
jurupandu dan pendaki, dengan kebanyakannya masih belum dapat diselamatkan.
Apabila analisis lebih
mendalam dilakukan, kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah pagi tadi
seolah-olah mensasarkan para pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu.
Pasukan penyelamat kini sedang
giat menjalankan usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Gunung
Kinabalu, walaupun menghadapi kesukaran kerana jalan yang runtuh dan berlakunya
runtuhan batu.
Kejadian gempa bumi yang
berlaku kali ini, pertama kali dengan gegaran yang cukup kuat di Malaysia
Timur, seharusnya dijadikan iktibar oleh kita semua.
Mungkin, bukan hanya penjaga Gunung Kinabalu yang
menunjukkan kemarahannya, malah Tuhan Pencipta Alam juga boleh menurunkan bala
kepada hamba-hambanya yang melampaui batas.
Tiada jalan
terputus
KUALA LUMPUR 5 Jun - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Sabah
berkata setakat ini tiada kawasan di negeri itu terputus hubungan jalan raya susulan
kejadian gempa bumi di Ranau pagi Jumaat.
Pengarahnya, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, walaupun jalan Ranau-Kundasang dilaporkan mengalami keretakan, ia masih boleh digunakan.
"Tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Tetapi ada kes orang awam yang pengsan akibat panik dan mengalami trauma," katanya kepada Bernama.
Beliau turut mengesahkan terdapat kerosakan pada beberapa bangunan di Ranau akibat gempa 5.9 pada skala Richter yang berlaku pada 7.15 pagi.
Katanya, penduduk Ranau juga dilaporkan kembali melakukan rutin harian, namun pihak JPAM mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku gempa susulan.
Gegaran turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Di Kota Kinabalu, JPAM mengosongkan tiga bangunan iaitu Rumah Persekutuan Kota Kinabalu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah dan Wisma Dang Bandang sebaik gegaran dirasai.
Kebenaran masuk semula ke premis berkenaan diberikan pada jam 10.30 pagi.
Mulliadi Al-Hamdi turut menggesa orang awam supaya tidak menyebar berita atau gambar palsu berkaitan kejadian ini.
"Situasi tidaklah seburuk yang digambarkan dalam media sosial. Perbuatan seumpama itu hanya menjadikan orang ramai panik, kalut dan hanya merumitkan keadaan," jelas beliau.

SEBELUM DAN SELEPAS
Sebaik gegaran yang
berlaku di Sabah pagi ini, pelbagai laporan mula diterima mengenai kemusnahan
yang berlaku di negeri itu.
Antara yang mendapat
perhatian paling besar kini ialah kemusnahan yang berlaku di Gunung Kinabalu,
gunung kebanggaan semua rakyat negara ini.
Ada dakwaan mengatakan
bahagian yang dikenali sebagai Donkey’s Ear, yang kerap menjadi latar belakang
untuk bergambar di gunung itu mengalami kemusnahan yang agak ketara.
Perkara itu disahkan
oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi
Manjun melalui akuan twitter beliau beberapa jam yang lalu.
“Berita buruk
disahkan! Sebahagian bahagian ikonik Donkey’s Ear @Gunung Kinabalu telah musnah
akibat gegaran pagi ini,” katanya.
Salah satu bahagian
telinga itu dikatakan patah dan jatuh ke kawasan yang dikenali sebagai Low’s
Gully.
Pastinya ini adalah sesuatu
yang menyedihkan kita semua.
Apa pun, mungkin kita
dapat berdoa agar selain nyawa orang awam terselamat, keindahan semua tempat di
Sabah juga dipelihara tuhan.
Gempa bumi sederhana
berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 7.15 pagi ini dan
gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk
Ranau, Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Menurut Pusat Gempa
Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau
MANGSA TERKORBAN
Satu pelancong asing warga
Singapore dan pemandu gunung tempatan
PHOTO BENCANA GEMPA BUMI
07/06/2015
Petikan dari PM DSNSaya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum dijumpai.
Saya memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamatkan semua yang masih terkandas di kawasan pergunungan.
YAB TPM selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara kini berada di Sabah untuk memantau situasi dan mengurus tadbir operasi di sana.
Saya difahamkan bahawa setakat ini, seramai 168 mangsa telah
diselamatkan, dengan 19 mangsa terkorban, 8 dari Singapura, 4 dari
Malaysia, dan seorang masing-masing dari Jepun, China dan Fillipina.
Seramai 56 anggota mencari dan menyelamat masih berada di pergunungan
untuk membawa turun 5 lagi mayat mangsa yang belum dikenal pasti.
Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Sabah. I convey my deepest sympathy and condolences to the families of those who lost their lives in the earthquake in Sabah.
Sebanyak 23 bangunan sekolah dan infrastruktur seperti jalan raya yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah akan memantau, menyediakan laporan dan mengambil tindakan segera untuk memastikan kesemua ini diperbaiki secepat mungkin demi keselesaan masyarakat terutamanya pelajar di Sabah.
Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.
Wajarlah kita berterima kasih kepada semua yang membantu usaha pencarian, terutamanya malim gunung yang banyak berkorban bagi membantu mangsa gempa bumi.
PAUTAN

13 MAYAT DITEMUI DI GUNUNG KINABALU
Pasukan mencari dan menyelamat menemui 11 lagi mayat di kawasan Gunung Kinabalu dan menjadikannya 13 mayat ditemui kesemuanya sejak gempa bumi berukuran 5.9 skala Ritcher itu berlaku.
Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, jumlah ini mempakan susulan kepada dua mayat mangsa yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu malam tadi yang dikenal pasti sebagai seorang malim gunung rakyat tempatan dan seorang murid sekolah di Singapura.
Walaubagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat kini sedang mencari
enam lagi individu yang masih hilang di atas gunung berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
# SEKADAR KOLEKSI/DIARY#
Kalian Hobi Nonton Bokep ??
BalasPadamYuk langsung CROT aja disini �� SUKACROT
Buat kalian yang sukacrot, jangan lupa mampir ya Guys ��
�� SUKA INDO ��
�� SUKA BARAT ��
�� SUKA KOREA ��
�� SUKA JEPANG ��
�� SUKA SEMI ��