SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

28 Jun 2015

Cara Nak Lajukan Kipas

Tips nak lajukan kipas siling anda yang perlahan

Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum.

Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.

Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas dan ini adalah kapasitor AC yang mana dia berbeza dengan kapasitor DC yang mana ianya mempunyai polariti ( - atau + )



Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.


FAQ

1. Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

2. Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

3. Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

4. Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki ?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

5. Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?

Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.

Pesanan kepada sesiapa yang mahu tukar kapasitor sendiri, pastikan semua kapasitor di 'discharge'kan (laga/cantumkan kedua2 kutub kapasitor tu) terlebih dahulu, jika tidak nanti akan ada aksi joget lambak.
Tips lain-lain:
1. Kalau bunyi bsing,letak minyak hitam kereta dekat pangkal, dekat dengan kapasitor tu.
2. Kalau kipas pakai remote. kena tukar motherboard dia, motherboard dia duduk kat bahagian bawah kipas. Tukar motherboard dalam 60~70 ringgit. Senang sahaja hendak tukar cuma plug n play. Nak lagi jimat tukar capacitor sahaja kat motherboard



# SUMBER #

1 ulasan:

  1. Kalian Hobi Nonton Bokep ??
    Yuk langsung CROT aja disini �� SUKACROT

    Buat kalian yang sukacrot, jangan lupa mampir ya Guys ��

    �� SUKA INDO ��

    �� SUKA BARAT ��

    �� SUKA KOREA ��

    �� SUKA JEPANG ��

    �� SUKA SEMI ��

    BalasPadam

Sila Tinggalkan Komen Anda