SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

29 Jun 2015

70 Jenis Dosa Besar Manusia Di Dunia



70 Jenis dosa besar manusia di dunia

Al-Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan 70 jenis perbuatan dosa besar:

01. Belajar ilmu dan menyembunyikan pengetahuannya.
02. Bersaksi palsu.
03. Berjudi.
04. Bersumpah palsu dan bohong.
05. Berbohong.
06. Bergambar di baju (bila sembahyang).
07. Perempuan pelacur.
08. Berbuat buruk terhadap yang lemah.
09. Berdebat dan memusuhi.
10. Bersifat dayus.
11. Bercakap kasar dengan orang tua.
12. Dusta nama Allah SWT dan rasulnya.
13. Derhaka pada suami.
14. Derhaka pada hamba Allah SWT, anggap baik dirinya.
15. Hakim derhaka.
16. Homosex (seagama/sejenis).
17. Mengurangi timbangan.
18. Lari seorang hamba dari tuannya.
19. Lelaki menyerupai wanita.
20. Lari dari medan perang di jalan Allah SWT.

21. Membunuh manusia.
22. Membunuh diri sendiri.
23. Mengamalkan sihir.
24. Meninggalkan sembahyang lima waktu.
25. Meninggalkan sembahyang Jumaat.
26. Menderhaka kepada kedua ibu bapa.
27. Memutuskan hubungan silaturrahim.
28. Melakukan zina.
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul.
30. Makan dari kekayaan haram.

31. Memberi dan menerima rasuah.
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong.
33. Makan riba.
34. Minum arak.
35. Mencuri.
36. Merompak.
37. Melakukan kezaliman.
38. Melakukan pengkhianatan.
39. Menyebut-nyebut pemberian.
40. Memungkiri janji.

41. Memfitnah.
42. Mengutuk orang islam.
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah SWT.
44. Menipu harta rampasan.
45. Melampaui batas.
46. Menuduh zina terhadap orang baik.
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) dan tidak menutup aurat bagi wanita.
48. Mempercayai nujum dan sihir.
49. Menjadi bapa sanggup.
50. Mencari kesalahan orang lain.

51. Menganggu orang lain.
52. Menganggu tetangga.
53. Menyakiti dan memaki orang islam.
54. Mengintip dan membuka rahsia orang.
55. Mencaci sahabat Nabi SAW.
56. Mengurangi wasiat.
57. Mengingkari atau melawan takdir.
58. Putus asa dari rahmat Allah SWT.
59. Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat.
60. Riak dan mempamerkan diri.

61. Syirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.
62. Sombong serta angkuh.
63. Sembelih untuk selain Allah SWT.
64. Tidak mengeluarkan zakat.
65. Tidak berpuasa di bulan ramadhan.
66. Tidak mengerjakan haji jikalau mampu.
67. Tidak istinjak selepas kencing.
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa dan tidak mendengar cakap dan tidak taat suami bagi wanita.
69. Tipu daya.
70. Wanita menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Wallahu taala a’lam.

# SUMBER #

28 Jun 2015

Cara Nak Lajukan Kipas

Tips nak lajukan kipas siling anda yang perlahan

Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum.

Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.

Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas dan ini adalah kapasitor AC yang mana dia berbeza dengan kapasitor DC yang mana ianya mempunyai polariti ( - atau + )



Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.


FAQ

1. Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

2. Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

3. Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

4. Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki ?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

5. Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?

Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.

Pesanan kepada sesiapa yang mahu tukar kapasitor sendiri, pastikan semua kapasitor di 'discharge'kan (laga/cantumkan kedua2 kutub kapasitor tu) terlebih dahulu, jika tidak nanti akan ada aksi joget lambak.
Tips lain-lain:
1. Kalau bunyi bsing,letak minyak hitam kereta dekat pangkal, dekat dengan kapasitor tu.
2. Kalau kipas pakai remote. kena tukar motherboard dia, motherboard dia duduk kat bahagian bawah kipas. Tukar motherboard dalam 60~70 ringgit. Senang sahaja hendak tukar cuma plug n play. Nak lagi jimat tukar capacitor sahaja kat motherboard



# SUMBER #

24 Jun 2015

Jenis Pokok Yang Dihuni Oleh Jin Dan Hantu

PERIHAL ini diangkat dari buku "dialog dengan jin muslim", meskipun beberapa orang yang mengaku dapat bertemu atau berdialog dengan jin juga setan, maka kita bisa menyimpulkan bahwa beberapa jin juga setan tidak semua, memiliki kemampuan untuk masuk ke dimensi manusia. Dan menurut pengalaman beberapa paranormal yang mengaku dapat menyebrang ke alam jin, menunjukkan intensitas manusia juga dapat rasuk ke dimensi jin demikian pula sebaliknya.
Tapi fenomena pemunculan jin atau keberadaan jin pada suatu tempat memuat sebuah pertanyaan. Apakah jin juga mengalami perkembangan teknologi dan kebudayaan. Seperti halnya manusia, demikian juga perkembangan teknologi jin-jin lain diantara negara berbeda-beda. Apakah mereka juga punya rumah dan semisal gedung misalnya dengan perabot lengkap bagi jin kaya, apakah jin yang ada di Indonesia, berbeda dengan jin yang ada di Eropa atau Amerika.

Catatan lama itu mengungkapkan keberadaan jin juga hantu dengan hanya mengatakan bahwa selain rumah kosong, pohon juga dipercayai menjadi tempat tinggal jin dan hantu. Ada pohon yang menjadi tempat tinggal genderuwo ada juga yang menjadi tempat tinggal kuntilanak atau pocong. Bahkan mungkin diantara anda sekalian pernah ada yang menjumpai kuntilanak sedang selonjoran di atas dahan pohon.

* Hantu di pohon mangga
Area bantaran sungai tempat pohon mangga itu tumbuh memang halamannya cukup luas, pada malam hari pohon tersebut jarang didekati kebetulan diantara pohon-pohon yang lain letaknya paling sudut dekat jembatan banyak cerita-cerita serem pernah terdengar dari pemilik rumah yang dekat dengan pohon tersebut. Seringkali dia mendengar suara cekikian seorang perempuan dan penampakan berupa wanita dengan rambut panjang.

Bila sudah lewat tengah malam sering terdengar lagi suara cekikikan seorang perempuan. Kadang-kadang terdengar gemercik suara air seperti sedang dimainkan, tapi ketika melihat kesana maka seorang wanita tampak bergelantungan dengan rambut yang menjuntai kebawah di pohon mangga.

* Pohon Beringin
Pohon beringin adalah tempat kesukaan genderuwo terutama beringin yang sudah tua dan memiliki janggut (akar yang menggantung). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan beringinnya diisi genderuwo, maka kita akan langsung sakit dan bila tidak segera diobati ke orang pintar mungkin nyawa taruhannya.

* Pohon Sukun
Pohon ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong. Tepat di pojok depan sebuah rumah terdapat pohon sukun yang sangat besar dan lebat buahnya. Pohon itu sangat terkenal dengan keangkerannya. Banyak sekali cerita-cerita yang menyeramkan mengenai pohon sukun itu. Ada cerita yang pernah bertemu kuntilanak duduk di salah satu cabang pohon itu. Ada juga cerita pernah bertemu genderuwo, tuyul sampai sampai bertemu pocong.

* Pohon Ara
Pohon ara yang selintas masih mirip dengan pohon beringin pohon ara ukuran besar. India mencatatnya sebagai pohon suci dan umat Buddha men-dirgahayu-kanya sebagai pohon suci. Di Indonesia dianggap sebagai tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu. Pohon yang sangat digemari untuk pembibitan bonsai ini, sebab strukturnya yang memang lebat menjadi berita umum akan terdapatnya banyak hantu di pohon ini. Terlebih lagi jika di pohon ini terdapat kuburan dibawahnya.

* Pohon kapuk/randu
Pohon randu atau kapuk merupakan pohon yang menjadi tempat tinggal kuntilanak, ketika musim semi dan lebat randu berbuah pada malam malam sepi, seringkali orang melihat penampakan kuntilanak yang jaraknya dengan bunga kapas tersebut sangat dekat, bahkan kadang-kadang wajahnya yang putih seolah tersembul dari kapas tersebut, sesekali cobalah perhatikan

* Pohon sawo
Pohon sawo adalah tempat tinggal kuntilanak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu adzan maghrib hindari pohon ini karena biasanya pada jam-jam itu, hantu penunggu pohon sawo sedang berkeliaran.

* Pohon sage
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pohon ini dipercayai sangat disukai oleh hantu apapun bercokol disitu. Kesan dari pohon ini yang tua dan menyeramkan memang cocok membuat hantu berlama-lama di tempat itu, ada yang mengatakan jika kita lewat di bawah pohon ini seolah-olah seperti ada yang melempari kita dengan pasir.

* Pohon asam
Pohon asam biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau kuntilanak terutama pohon asam yang umurnya sudah bertahun-tahun. Seperti terjadi di salah satu daerah, sepanjang jalan kota hingga tempat permandian wisata bantimurung di jejeri sepanjang jalan oleh pohon tersebut. Setiap tahunnya dimana pohon ini tumbuh sangat berdekatan maka di tempat itu sering terjadi kecelakaan, seseorang yang sempat selamat dari kecelakaan tersebut mengatakan melintasi pohon itu seolah matanya tertutup.

* Pohon Pisang
Pohon pisang (pohon pisang yang bergerombol) merupakan tempat tinggal kuntilanak dan pocong, bahkan di Sulawesi Selatan tersebut sosok manusia gentayangan yang disebut "poppo parakang", sangat sering merubah wujudnya menjadi pohon pisang. Jika menemukan parakang, misalnya dengan wujud pohon pisang, orang dianjurkan untuk memukulnya sekali atau tiga kali saja. Jika sekali pukul dipercaya akan membunuhnya dan tiga kali akan membuatnya cacat.

* Pohon Bambu
Pohon ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh kuntilanak. Pernah suatu kali di sebuah kampung ada tukang ojek melihat kuntilanak sedang duduk di atas pohon bambu. Harus diingat, pohon bambu yang dimaksud adalah pohon bambu biasa bukan pohon bambu kuning karena bambu kuning adalah penolak bala jadi pasti dijauhi oleh hantu.

* Pohon Nangka
Pohon nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu. Hantu penghuni pohon bambu adalah wanita dengan rambut yang panjang, muka sangat pias putih.

* Pohon Limus
Pohon ini biasanya dijadikan tempat bermain tuyul. Buah dari pohon limus hampir sama dengan buah mangga, cuma buah limus bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak. Pohon ini sangat suka disinggahi hantu gentayangan yang bernama "poppo" (hantu sulawesi selatan). Nampaklah bahwa ia akan menghabiskan buah mangga tersebut dan isinya dengan tanpa merusak kulit luarnya. Ada yang mengatakan bahwa ia mengisapnya, pencari mangga sangat bertemu dengan makhluk jejadian ini.

# SUMBER ASAL #

Sebab KENAPA Malaikat Rahmat Tidak Memasuki Rumah


Antara Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda

1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya


# SUMBER #

20 Jun 2015

Sekelumit Padang Mahsyar



Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.


# sumber Ilmiah #

Cara Iblis Menggangu Manusia Ketika Sakaratul Maut


CARA IBLIS MENGGANGGU MANUSIA KETIKA SAKARATUL MAUT

Pelbagai cara gangguannya diluar kotak pemikiran manusia dan yang diketahui umum ada 7 Cara Iblis Menggangu Manusia Ketika Sakaratul Maut:-

1. Iblis yang datang pada golongan pertama ini menggoda manusia yang pada saat hidupnya sangat rakus dan tamak, maka iblis itu akan menyerupai emas perak, berlian dan macam-macam perhiasan, tapi kadang-kadang pula berupa makanan dan minuman yang lazat dan bila manusia itu mati dalam keadaan setelah godaan ini, iaitu lalai, lupa kepada Allah SWT maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fasik dan munafik, nerakalah tempatnya.

2. Pada golongan kedua ini, Iblis akan merubah dirinya menjadi binatang yang ditakuti orang yang akan digodanya, dan apabila orang yang sakaratul maut itu memandang binatang tersebut maka diapun akan meraung dan melompat kerana takut, seketika itu juga putuslah roh dari badannya. Maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fasik dan munafik, nerakalah tempatnya.

3. Golongan ini iblis akan menyerupai seperti binatang yang menjadi kesukaan orang yang sedang sakaratul maut, kalau orang yang akan mati itu menyukai burung maka iblis akan menyerupai burung dan apabila tangan orang yang akan mati itu meraba kepada binatang tersebut dan kemudian ia meninggal, maka ia mati dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah, nerakalah tempatnya.

4. Manusia yang mati dalam golongan keempat ini, iblis akan datang pada rupa orang yang paling dibencinya, maka orang yang akan sakaratul maut itu akan timbul rasa kebenciannya kepada orang yang dilihatnya itu dan berusaha membunuhnya, maka ia akan lalai dan lupa kepada Allah, dan nerakalah tempatnya .

5. Pada golongan kelima ini iblis akan datang menyerupai orang terdekatnya, misalnya orang tuanya yang membawakan makanan dan minuman. Orang yang sedang sakaratul maut itu kebetulan dalam keadaan haus dan lapar, lalu ia pun mengambil makanan dan minuman yang dibawa orang tuanya itu yang tak lain adalah jelmaan iblis, dengan rayuannya iblis berkata: wahai anaku, inilah makanan dan minuman yang kami bawakan untukmu ambillah bekal ini dan berjanjilah engkau akan mengikuti kami dengan menyembah tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai berai sekarang marilah kita menuju syurga. Dan diapun mengikuti rayuan iblis tersebut tanpa berfikir lagi dan jika pada masa itu ia mati, maka matilah ia dalam keadaan kafir. Dan kekallah ia di dalam neraka.

6. Pada golongan keenam ini iblis akan menyerupai seorang ulama yang dikagumi kemudian ia berkata: wahai muridku lamalah sudah kami menunggumu rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh sebab itu kami bawakan padamu ubat dan tabib. Lalu diminumlah ubat itu oleh orang yang dalam sakaratul maut tersebut dan hilanglah rasa sakitnya. Selepas itu Iblis berkata: Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan terbuka untukmu. Dan ketika tirai dibuka maka terlihatlah suatu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi dan berkatalah Iblis, itulah Dzat Allah yang patut kita sembah. Dan berkatalah orang itu, wahai guruku, bukankah ini benda yang sangat besar, tapi benda ini mempunyai enam sudut, iaitu kiri dan kanannya. Serta depan dan belakang. Sekarang apakah benda ini yang patut aku sembah? Dalam keraguan dan kekaguman itu maka datanglah malaikat maut mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan kafir. Dan ia akan kekal di dalam neraka.

7. Rombongan iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan. Hal ini sesuai dengan hadith Rasulullah bahawa umat beliau akan terbahagi menjadi 73 golongan. Dan hanya satu golongan saja yang diterima Allah, dan 72 nya tidak diterima Allah. Maka iblis dengan 72 barisannya ini agan mengganggu dengan pelbagai cara.

Oleh kerana itu hendaklah kita mengajarkan orang yang akan meninggal dengan kalimat "LAA ILA HA ILLALLAH" demi menyelamatkan orang yang kita sayangi menghadapi sakaratul maut agar terhindar dari gangguan iblis.

Hal ini sesuai dengan hadits, "Ajarkan olehmu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir meninggal, laa ilaaha illa Allah."
Demikianlah kumpulan iblis yang akan mengganggu manusia ketika sakaratul maut, dan ingatlah iblis hanya boleh mengganggu orang yang lemah imannya, maka bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
Sebagaimana firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Qs. Al-Baqarah 2: 208).






# SUMBER #

7 Jun 2015

Gempa Bumi Di Sabah



PUNCA GEGARAN KUAT DI SABAH HARI INI


Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung GEMPA BUMI yang didakwa penduduk pada pagi ini di laman sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 05 JuN 2015
A Moderate earthquake has occurred at 07:15am 05/06/15,6.1N 116.6E with Magnitude 5.9 and Depth 54km, Borneo. 16km northwest of Ranau, Sabah.Tremors felt in Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah. MMD
Satu gempa bumi sederhana telah berlaku di 07:15 06/05 / 15,6.1N 116.6E dengan Magnitud 5.9 dan Kedalaman 54km, Borneo. 16km barat laut Ranau, Sabah.Tremors dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah. JMM

Kejadian gempa bumi 5.9 skala Richter yang melanda Ranau di Sabah pada pagi ini ternyata menimbulkan banyak persoalan yang belum terjawab.
Malah ada yang mempercayai bahawa kejadian tersebut berlaku kerana penjaga Gunung Kinabalu telah menunjukkan kemarahannya ekoran perbuatan beberapa orang pelancong asing yang berbogel di puncaknya baru-baru ini.
Bagi penduduk tempatan Sabah, mereka amat menghormati Gunung Kinabalu yang dianggap suci dan mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Perbuatan pelancong yang berbogel dan membuang air di puncak Gunung Kinabalu adalah perbuatan biadap dan dianggap tidak menghormati “penghuni halus” yang tinggal menetap di sana.



Kepercayaan tersebut hampir sama dengan kepercayaan penduduk di Negeri Kedah yang mempercayai bahawa Gunung Jerai sebagai sebuah gunung yang penuh dengan unsur mistik dan dihuni oleh “orang bunian”.
Sesiapa sahaja yang tidak menghormati Gunung Jerai sewaktu mendakinya pasti akan ditimpa kecelakaan, kebiasaannya akan tersesat jalan atau disembunyikan oleh “makhluk halus” penjaga gunung berkenaan.
Bagi golongan yang berfikiran moderat, kepercayaan kepada makhluk halus penjaga gunung mungkin hanyalah kepercayaan kolot dan ketinggalan zaman.
Hakikatnya selain manusia, makhluk halus ciptaan Tuhan seperti Jin turut berkongsi alam ini dengan menjadikan tempat-tempat tertentu sebagai penempatan mereka.
Gunung-ganang yang tinggi seperti Gunung Kinabalu merupakan kawasan yang sesuai untuk dihuni oleh makhluk-makhluk halus daripada keturunan Jin kerana ianya terletak jauh dari kawasan penempatan manusia.
Tidak mustahil semangat Gunung Kinabalu, atau lebih tepat lagi makhluk-makhluk halus yang mendiami Gunung Kinabalu, telah menyebabkan berlakunya kejadian gempa bumi tersebut.
Bagaimana cara mereka melakukan perbuatan tersebut tidaklah kita ketahui kerana mungkin mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih daripada manusia yang hidup di alam nyata.
Menurut laporan daripada portal The Malaysian Insider sebentar tadi, maklumat dari kaki Gunung Kinabalu menyebut bahawa seorang maut manakala 200 terkandas, dengan 89 orang daripadanya masih hilang.
Antara yang terkandas sewaktu mendaki Gunung Kinabalu selepas berlakunya kejadian gempa bumi pagi tadi ialah jurupandu dan pendaki, dengan kebanyakannya masih belum dapat diselamatkan.
Apabila analisis lebih mendalam dilakukan, kejadian gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah pagi tadi seolah-olah mensasarkan para pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu.
Pasukan penyelamat kini sedang giat menjalankan usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Gunung Kinabalu, walaupun menghadapi kesukaran kerana jalan yang runtuh dan berlakunya runtuhan batu.
Kejadian gempa bumi yang berlaku kali ini, pertama kali dengan gegaran yang cukup kuat di Malaysia Timur, seharusnya dijadikan iktibar oleh kita semua.
Mungkin, bukan hanya penjaga Gunung Kinabalu yang menunjukkan kemarahannya, malah Tuhan Pencipta Alam juga boleh menurunkan bala kepada hamba-hambanya yang melampaui batas.


Tiada jalan terputus



KUALA LUMPUR 5 Jun - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Sabah berkata setakat ini tiada kawasan di negeri itu terputus hubungan jalan raya susulan kejadian gempa bumi di Ranau pagi Jumaat.

Pengarahnya, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, walaupun jalan Ranau-Kundasang dilaporkan mengalami keretakan, ia masih boleh digunakan.

"Tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Tetapi ada kes orang awam yang pengsan akibat panik dan mengalami trauma," katanya kepada Bernama.

Beliau turut mengesahkan terdapat kerosakan pada beberapa bangunan di Ranau akibat gempa 5.9 pada skala Richter yang berlaku pada 7.15 pagi.

Katanya, penduduk Ranau juga dilaporkan kembali melakukan rutin harian, namun pihak JPAM mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku gempa susulan.

Gegaran turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Di Kota Kinabalu, JPAM mengosongkan tiga bangunan iaitu Rumah Persekutuan Kota Kinabalu, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah dan Wisma Dang Bandang sebaik gegaran dirasai.

Kebenaran masuk semula ke premis berkenaan diberikan pada jam 10.30 pagi.

Mulliadi Al-Hamdi turut menggesa orang awam supaya tidak menyebar berita atau gambar palsu berkaitan kejadian ini.

"Situasi tidaklah seburuk yang digambarkan dalam media sosial. Perbuatan seumpama itu hanya menjadikan orang ramai panik, kalut dan hanya merumitkan keadaan," jelas beliau.







SEBELUM DAN SELEPAS



Sebaik gegaran yang berlaku di Sabah pagi ini, pelbagai laporan mula diterima mengenai kemusnahan yang berlaku di negeri itu.

Antara yang mendapat perhatian paling besar kini ialah kemusnahan yang berlaku di Gunung Kinabalu, gunung kebanggaan semua rakyat negara ini.

Ada dakwaan mengatakan bahagian yang dikenali sebagai Donkey’s Ear, yang kerap menjadi latar belakang untuk bergambar di gunung itu mengalami kemusnahan yang agak ketara.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun melalui akuan twitter beliau beberapa jam yang lalu.
“Berita buruk disahkan! Sebahagian bahagian ikonik Donkey’s Ear @Gunung Kinabalu telah musnah akibat gegaran pagi ini,” katanya.
Salah satu bahagian telinga itu dikatakan patah dan jatuh ke kawasan yang dikenali sebagai Low’s Gully.
Pastinya ini adalah sesuatu yang menyedihkan kita semua.
Apa pun, mungkin kita dapat berdoa agar selain nyawa orang awam terselamat, keindahan semua tempat di Sabah juga dipelihara tuhan.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 7.15 pagi ini dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau


MANGSA TERKORBAN

Satu pelancong asing warga Singapore dan pemandu gunung tempatan




  PHOTO BENCANA GEMPA BUMI

































07/06/2015
Petikan dari PM DSN

Saya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum dijumpai.
Saya memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamatkan semua yang masih terkandas di kawasan pergunungan.
YAB TPM selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara kini berada di Sabah untuk memantau situasi dan mengurus tadbir operasi di sana.
Saya difahamkan bahawa setakat ini, seramai 168 mangsa telah diselamatkan, dengan 19 mangsa terkorban, 8 dari Singapura, 4 dari Malaysia, dan seorang masing-masing dari Jepun, China dan Fillipina. Seramai 56 anggota mencari dan menyelamat masih berada di pergunungan untuk membawa turun 5 lagi mayat mangsa yang belum dikenal pasti.
Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Sabah. I convey my deepest sympathy and condolences to the families of those who lost their lives in the earthquake in Sabah.
Sebanyak 23 bangunan sekolah dan infrastruktur seperti jalan raya yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah akan memantau, menyediakan laporan dan mengambil tindakan segera untuk memastikan kesemua ini diperbaiki secepat mungkin demi keselesaan masyarakat terutamanya pelajar di Sabah.
Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.
Wajarlah kita berterima kasih kepada semua yang membantu usaha pencarian, terutamanya malim gunung yang banyak berkorban bagi membantu mangsa gempa bumi.
PAUTAN


13 MAYAT DITEMUI DI GUNUNG KINABALU
Pasukan mencari dan menyelamat menemui 11 lagi mayat di kawasan Gunung Kinabalu dan menjadikannya 13 mayat ditemui kesemuanya sejak gempa bumi berukuran 5.9 skala Ritcher itu berlaku.
Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, jumlah ini mempakan susulan kepada dua mayat mangsa yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu malam tadi yang dikenal pasti sebagai seorang malim gunung rakyat tempatan dan seorang murid sekolah di Singapura.
Walaubagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat kini sedang mencari enam lagi individu yang masih hilang di atas gunung berkenaan.
Sumber: Sinar Harian

# SEKADAR KOLEKSI/DIARY#