Pada dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeza dari bentuk rupa
manusia, iaitu mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung, mata,
tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sebagaimana yang dimiliki oleh
manusia. Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus Jin menyerupai manusia.
Hanya perbezaan fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus dari
manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang tinggi dan
bermacam-macam warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya.
Jin kafir dan Jin Islam yang fasik memiliki rupa yang buruk dan
menakutkan. Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras yang elok. Menurut beberapa pendapat, tinggi Jin yang sebenarnya adalah sekitar 3
hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang
sehinggai beribu-ribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak melebihi
kecepatan cahaya dalam suatu waktu. Disebabkan Jin terdiri dari mahkluk
yang halus dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak
sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil juga boleh
diduduki oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh
manusia. Jumlah Jin terlalu banyak sehingga menurut beberapa pendapat
mengatakan bahawa jika jumlah semua manusia dari Nabi Adam sehingga hari
kiamat dikalikan dengan haiwan-haiwan, dikalikan dengan batu-batu,
dikalikan dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan, itu pun hanya
satu per sepuluh dari jumlah Jin. Sedangkan jumlah Jin adalah satu per sepuluh dari jumlah Malaikat.
Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya saja yang
mengetahuinya.
Alam tempat berdiamnya Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di
Alam Mithal iaitu suatu alam yang terletak di antara alam manusia dan
alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah kemampuan untuk melihat
Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak akan
jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya
jumlah mereka. Oleh sebab itu orang tua kita selalu berpesan agar anak-anaknya
segera kembali ke rumah apabila tiba waktu maghrib dan pintu serta
tingkap rumah harus ditutup, agar tidak dimasuki oleh syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari
Rasulullah: “Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di
sebagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan
berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama
Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah
minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta
sebutlah nama Allah (ketika menutupnya) “ Hadith di atas bererti bahawa Jin dan syaitan tidur di waktu siang
dan menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan,
baik lelaki mahupun perempuan, baik yang dewasa atau anak-anak.
# sumber: zilzaal.blogspot.com, billyinfo.blogspot.com #
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Anda