Soalan: Ada seorang ditempat saya, disebut oleh
orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai
anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke
tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri,
tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya.
Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh
menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah
S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan
makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis
adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya
daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w
pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin.
Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya),
“Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya),
Firman Allah (mafhumnya),
“Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari
jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat
ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat
daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus
orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita
pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya,
bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur
ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku
perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan
jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang
kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas
adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan
jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia
Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin)
Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia
beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam,
tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran,
menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau
di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga
ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang
disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana
mereka boleh mendatangkan harta.”
Wallahu’alam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Anda