SEJARAH KAWASAN PEKAN JELAWAT-BACHOK
Asal-usul nama Jelawat
Lagenda Jelawat
Pekan
Jelawat terletak berhampiran dengan Kampung Mujor dan Kampung Rusa.
Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman
dahulu, pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang.
Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang
kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat
berselawat.
Mujur
Mujur,
juga dieja sebagai Mujor, ialah salah satu kampung di dalam jajahan
Bachok, Kelantan. Pekan yang terdekat dengan Kampung Mujor ialah Pekan
Jelawat dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan
kesahihannya, pada zaman dahulu pemburu telah datang ke sebuah tempat
untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di
sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat,
sempena nama tempat berselawat. Mereka kemudiannya berjumpa rusa di
kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Rusa. Mereka telah
mengejar rusa tersebut dan dapat menangkapnya di suatu kawasan sebelum
hari gelap. Mereka bersyukur dan mengatakan, "Mujur dapat tangkap rusa
sebelum malam". Kawasan itu sekarang dikenali sebagai Mujor.
Mujor
adalah 30 kilometer dari Kota Bharu dan 7 kilometer dari Bachok.
Kebanyakan pelancong, sama ada pelancong luar atau pelancong tempatan,
yang ingin ke Tok Bali, iaitu salah satu pusat perikanan dan pusat
peranginan yang paling terkenal di negeri Kelantan, mempunyai dua
laluan, iaitu Jalan Kampung Kandis dan Jalan Beris Lalang. Dengan
meggunakan Jalan Beris Lalang, pelancong akan melepasi Kampung Mujor,
Kampung Alor Pulai, dan Kampung Beris Lalang. Dari Kampung Mujor ke Tok
Bali mengambil masa selama 30 minit. Pemburu juga telah memburu badak di
kampung Badak, dan badak yang tercedera itu kemudiannya telah ditemui
di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Badak Mati.
AM
Jelawat terletak di daerah Bachok. Jumlah penduduk yang layak mengundi di Dun tersebut pada Pilihanraya Umum 12 ialah 21, 624 orang. Pentabiran peringkat Daerah ia diketuai oleh empat orang penggawa, iaitu Penggawa Gunong, Penggawa Mahligai, Penggawa Telong dan Penggawa Bekelam.
Dun Jelawat mempunyai 20 orang penghulu. Antaranya ialah:-
1.Penghulu Beris lalang
2.Penghulu Alor Bakat
3. Penghulu Bakong
4.Penghulu Beoh
5.Penghulu Kuchelong
6.Penghulu Jelawat
7.Penghulu Teratak Pulau
8.Penghulu Tepus
9.Penghulu Gunong
10.Penghulu keting
11.penghulu telaga ara
12.penghulu permatang pasir
13.penghulu surau bator
14.penghulu kolam
15.penghulu serdang
16.penghulu mahligai
17. penghulu pak badol
18.penghulu kubang berulat
19.penghulu kubang telaga
20.penghulu seneng
Jelawat mempunyai 17 buah masjid. Dan antara kemudahan asas yang lain ialah sebanyak 10 buah Sekolah Kebangsaaan, Sekolah Menengah Kebangsaan 4 buah, Sekolah Menengah Ugama (A) dua buah, dan Sekolah Tahfiz Swasta sebanyak 3 buah.
Mukim Dalam Jajahan Bachok
hhhh
BalasPadam