Jika
disebut Buaya Bujang Senang sudah semestinya seseorang itu akan
menggambarkan seekor buaya yang bersaiz besar dan juga terkenal dengan
serangannya keatas manusia lebih-lebih lagi di sepanjang Sungai Batang Lupar,
Sri Aman, Sarawak. Namun begitu berapa ramaikah yang mengetahui bahawa
ada cerita mitos mengenai apa itu buaya keramat bernama bujang senang
mengikut cerita-ceriti masyarakat setempat yang mendiami sekitar
persisiran Sungai Batang Lupar. Mungkin cerita legenda buaya bujang
senang ini adalah cerita sebenar yang kemudian ditokok tambah bagi
mengindahkan penceritaan hanya Yang Maha Esa sahaja mengetahui halnya.
Diriwayatkan
melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang
mendiami kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun
dahulu ketika adat ngayau atau adat memburu kepala masih lagi diamalkan
di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan Iban yang bernama
Lungu. Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang
hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana
menyebut namanya sahaja musuh sudah gerun, Dikatakan bahawa Lungu telah
banyak membunuh dan juga memotong kepala musuhnya dan kehebatannya
bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang namun sehingga ke Batang
Lupar. Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut senjata
dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah
membunuh musuhnya dan tiada tercalitpun kesan kecederaan pada dirinya.
Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu ini telah menyebabkan
musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah mereka
membunuh pahlawan Lungu ini kelak.
Pada satu ketika, maka
bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri kesayangan Lungu dan
diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui
kelemahan pahlawan Lungu. Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan
disembunyikan di suatu kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar.
Apabila mengetahui bahawa isterinya telah diculik maka marahlah Lungu
dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik
isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar. Seketika di dalam penculikan
itu, isteri Lungu telah diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan
rahsia kekebalan Lungu. Dek kerana tidak tertahan kepada keseksaan
tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia
bagaimana untuk menewaskan Lungu. Setelah mengetahui rahsia kelemahan
Lungu, musuh-musuh Lungu dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun
apabila isteri Lungu terlerai dari ikatan tali pada tangannya, dimasa
beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling tombak ke arah
badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.
Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik berang lalu bertarung dengan musuh-musuhnya. Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah bocor di tangan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai. Lungu yang sudah marah dan hanya ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengindahkan pantangnya lagi dan terus bertarung. Akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan kemudiannya Lungu tewas, Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa
mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya setelah
air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar. Salah seekor buaya
besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang
dikenali sebagai Bujang Senang. Mengikut cerita orangtua, buaya Bujang
Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian mereka
dengan akan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh
yang telah membunuh mereka sebagai korban. Sehingga sekarang masyarakat
setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa
buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat
penghuni Sungai Batang Lupar.
Inilah sekelumit cerita legenda buaya Bujang Senang yang amat terkenal di Sarawak. Ramai manusia yang telah menjadi mangsanya dan kita masih lagi tidak mengetahui samada benar atau tidak bahawa Bujang Senang telahpun terkorban seperti yang diwar-warkan pada tahun 1992. Sama-samalah kita berdoa agar semua mangsa-mangsa korban buaya Bujang Senang yang lepas-lepas tenang disisi Tuhan Yang Maha Esa. Amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Anda