Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi Mungkin ramai yang tidak mengetahui baru-baru ini
PROTON Edar telah melancarkan
varian terbaru Proton Persona iaitu Proton Persona SV selepas mendapat
maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.. SV membawa maksud “Super Value” yang membawakan kereta mampu milik kepada rakyat malaysia.
Proton Persona SV datang dengan dua beg udara,
tali pinggang hadapan, brake cakera pada kesemua tayar, ABS dan EBD.
Rim 15 inci beserta tayar 195/60. Kekurangan pada versi ini ialah tiada
lampu kabus dan cermin sisi adalah mamual.
Persona SV masih
menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek
cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi
bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) , rim Alloy depan / belakang dan
pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan
keselamatan pemanduan. Enjin ini dapat menghasilakn kelajuan 110 kuasa
kuda pada 6,500 rpm.
Suspensi Proton Persona SV diambil dari MacPherson. Proton Persona SV
didatangkan dengan warna Solid White, Bronze Garnet, Tranquility Black,
Genetic Silver, Fire Red, Chiffon Green atau Atlantic Blue(Biru
Suprima).
Harga Proton Persona SV
lima kelajuan manual (RM44,938 solid, RM45,388 metallic) dan Proton
Persona SV empat kelajuan auto (RM47,938 solid, RM48,388 metallic).
Harga adalah atas jalan beserta insurance untuk semenanjung malaysia. Ia
didatangkan dengan dua tahun atau 50,000 km waranty. Proton juga turut menyediakan pakej menarik. Hanya dengan RM388/bulan anda sudah mampu memiliki Proton Persona SV.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Anda