SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

31 Dis 2013

7 CONTOH ISTERI YANG SERING DICERAIKAN


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

29 Dis 2013

Cara Tukar Door Handle SAGA BLM / FL / FLX

Selamatkan duit dulu dari dok wat perabis kat Proton atau mekanik ialah dengan cara D.I.Y . Kalau ongkos lebih itu cerita lain.

Beli dulu barang mentah, iaitu sebijik door handle berharga bawah RM30 dekat proton atau ssecara on line kat lelong.com.

Buka cover pintu yang belah dalam. Ada 3 skru je pun. Dan jangan lupa buka Cap yang tutup skru side mirror tu dulu.
Tempat skru tu di



Buka cover getah dekat tepi pintu then putar skru arah buka. Skru ni memang tak boleh cabut so kalau dah tak boleh pulas stop.
Dah pulas skru dekat tepi pintu tu, kemudia cabut benda alah dalam gambar dibawah baru boleh bawa keluar door handle ni.
Lepas tu masukkan hujung belah kanan dulu baru kiri.

Kemudian skru dekat tepi pintu tu putar bagi adjust tutup atau buka, adjust bagi handle tu boleh capai besi yang tarik pintu dekat dalam. kemudian kalau test da ok. Pasang balik besi dekat luar handle tu dan ketatkan balik skru dekat tepi pintu.

Kalau tak berapa nak faham, cuba2 la godek2 dan belajar macam mana benda alah tu berfungsi baru kita tau macam mana nak betulkannya. Benda simple saja dan kalau belajar dekat mekanik mungkin dia perturunkan ilmunya kot.
Adjust skru ni. Kalau dari awal aku tahu nak adjust skru ni dengan buka besi dekat atas tu
Ada pengalaman ? Kongsi lah bersama kami.

Butang Reset Alarm Saga BLM / FL / FLX


Inilah kedudukan button  reset alarm Proton Saga FL – sebelah button hazard light.
Ramai pemandu yang pegang, ramai yang guna , entah mana disimpannya. Ada kunci kedua tetapi kunci itu tak boleh guna secara  automatik. Alarm dah rosak sebab termasuk dalam MESIN BASUH. Kalau buka kereta dengan kunci manual, mesti alarm berbunyi. Adakah anda tahu ada satu butang reset untuk alarm Proton Saga BKM / FL / FLX tetapi anda tak pasti dimana kedudukan butang tersebut. Tak nak lah dah buka, dah menjerit satu dunia riuhnya baru termengah-mengah nak mencari dimala punca alarm berbunyi. Kalau dah tau kedudukan butang tu, buka saja terus boleh tekan.

Butang reset alarm Proton Saga ini terletak di sebelah kiri butang hazard light dekat dashboard di atas radio

Bila tekan, alarm masih berbunyi. Bila hidupkan enjin dan matikan enjin, baru alarm berhenti. Kalau anda semua ada masalah  alarm berbunyi, tekan butang yang ada icon ‘titik’ sebelah butang hazard light tu ye…. ni hal kecik je tak perlu call mekanik. Kalau anda ada pengalaman tentang perkara ini sila kongsi bersama ya. Macam-macam dah pengalaman yang saya tempuh bersama Proton Saga ini, tiap masalah akan jumpa jalan penyelesaiannya dan menambah satu pengetahuan baru.
…. nak cari kunci…. nak cari kunci!

Nota :  Kalau kunci auto tidak berbunyi, maksudnya kita dah kunci kereta tetapi alarm tak berbunyi…senang saja.  Tekan kedua-dua butang yang terdapat pada kunci secara serentak.  Tu macam kita reset semula. Ulang semula akan jadi macam asal iaitu alarm akan berbunyi.

DIY - Berkaitan Proton BLM / FL / FLX

Visual dibawah adalah menunjukkan bagaimana nak menanggalkan pemain CD Proton Saga FL atau FLX



Cara buka penapis udara Cabin Filter Proton Saga FLX



Perkara yang paling senang tanpa memerlukan khdimat mekanik

#sekian#

28 Dis 2013

Buat Blog MUNGKIN DIMINATI

      Rasanya macam tak lengkap kalau capaian pantas dibawah artikal blog yang bermaksud "Anda Mungkin Juga Meminati". Mungkinkebiasaannya terdapat 3 atau 4 pautan bagi entri yang terdahulu berada dibawah. Kegunaan adalah untuk memudahkan pembaca untuk melihat entri terdahulu tanpa perlu mencari satu persatu . Caranya mudah saja anda wajib mempunyai satu laman blog anda sendiri  dan try step by step semudah ABC :-

1. Harus melayari sesawang ini dulu TEKAN dan akan terpapar seperti berikut :-

2. Masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian tick pada kotak kecil dan klik pada GET WIDGET dan lepas install WIDGET

3. Kemudian akan keluar seperti yang tertera dan tekan ADD WIDGETseperti berikut :




3. Letakkan WIDGET anda dibawah capaian bolg anda seperti gambar dibawahdan klik SAVE :-


5. Cuba tengok dan inilah hasilnya :-

Akhir sekali selamat berjaya menoroka. Ada idea tu komen la, apa nak tunggu lagi.

21 Dis 2013

Proton Persona SV

 Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi Mungkin ramai yang tidak mengetahui baru-baru ini PROTON Edar telah melancarkan varian terbaru Proton Persona iaitu Proton Persona SV selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.. SV membawa maksud “Super Value” yang membawakan kereta mampu milik kepada rakyat malaysia.

Proton Persona SV datang dengan dua beg udara, tali pinggang hadapan, brake cakera pada kesemua tayar, ABS dan EBD. Rim 15 inci beserta tayar 195/60. Kekurangan pada versi ini ialah tiada lampu kabus dan cermin sisi adalah mamual.

Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) , rim Alloy depan / belakang dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan. Enjin ini dapat menghasilakn kelajuan 110 kuasa kuda pada 6,500 rpm.
Suspensi Proton Persona SV diambil dari MacPherson. Proton Persona SV didatangkan dengan warna Solid White, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red, Chiffon Green atau Atlantic Blue(Biru Suprima).

Harga Proton Persona SV lima kelajuan manual (RM44,938 solid, RM45,388 metallic) dan Proton Persona SV empat kelajuan auto (RM47,938 solid, RM48,388 metallic). Harga adalah atas jalan beserta insurance untuk semenanjung malaysia. Ia didatangkan dengan dua tahun atau 50,000 km waranty. Proton juga turut menyediakan pakej menarik. Hanya dengan RM388/bulan anda sudah mampu memiliki Proton Persona SV.
#Sumber: Harga PROTON Persona SV #