JUMPING BATERI KERETA
Malang
terkadang mungkin tidak berbau. Mungkin anda tidak berkemahiran
didalam bab itu. Pakai redah saja. Sebenar banyak cara juga orang membuat
jumping ini. Boleh sahaja anda tanya dengan pak chik google. Jangan mengambil risiko jika
kita tidak berapa pandai. Sesetengah orang membuat jumping semasa
kereta yang satu lagi masih hidup enjinnya terus jamping sahaja.
Di
atas pengalaman saya sendiri pernah juga membuat jumping ini. Saya memilih cara kedua-dua enjin kereta dimatikan atau hidup. Selepas itu sila
pastikan sambungan wayar adalah betul jangan tersalah. Wayar (merah)
positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. :) Dan baru
kita hidupkan kereta yang baterinya 'kong' tadi. Lebih selamat sikit kut
bagi kita yang tidak berapa mahir ini, Dibawah ini kereta yang telah
hangus di atas kesilapan membuat Jumper.
CARA-CARA JUMPING
Langkah keselamatan
Sila pastikan sambungan wayar adalah betul.
Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif.
Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api,
berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain.
Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan hangus terbakar.Moralnya
berhati-hati jika anda membuat Jumping Start pada kereta anda. Jika
tersilap melakukan Jump Start. Mungkin kereta anda akan mengalami nasib
seperti diatas. Agaknya kalau tidak berapa pandai dan yakin panggilah
mereka yang berpengalaman. Penting juga kita sentiasa membawa jumper
ini. Manalah tahu ada ketika kita memerlukan benda ini.
SELAMAT BERJAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Tinggalkan Komen Anda