SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

19 Ogo 2013

PROTON SUPRIMA S


PROTON SUPRIMA S

        Majlis pelancaran model terbaru Proton telah pun dilangsungkan di Matrade. Dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir, model Preve hatchback ini dikenali dengan nama Proton Suprima S. Suprima S adalah kereta segmen C dengan 5 pintu, dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan disediakan dalam 2 varian iaitu  Executive dan Premium. Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang. Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold assist serta Park Assist bagi varian premium. Proton Suprima S merupakan sebuah model lima pintu yang dinamik serta memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul. Butiran lanjut tekan photo..


              Kereta model tersebut menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain. Malah, Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur. Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.

Berikut ialah harga untuk varian Proton Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Dengan beberapa harga model lain turut berada di dalam lingkungan harga yang hampir sama, saingan sengit sudah pasti akan dihadapi oleh Suprima S ini. Untuk maklumat lanjut mengenai model terbaru Proton ini, silalah ke bilik pameran berhampiran anda. Baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat lebih banyak gambar Proton Suprima S.

JUMPING BATERI KERETA

JUMPING BATERI KERETA

     Malang terkadang mungkin tidak berbau. Mungkin anda tidak berkemahiran didalam bab itu. Pakai redah saja. Sebenar banyak cara juga orang membuat jumping ini. Boleh sahaja anda tanya dengan pak chik google. Jangan mengambil risiko jika kita tidak berapa pandai. Sesetengah orang membuat jumping semasa kereta yang satu lagi masih hidup enjinnya terus jamping sahaja. Di atas pengalaman saya sendiri pernah juga membuat jumping ini. Saya memilih cara kedua-dua enjin kereta dimatikan atau hidup. Selepas itu sila pastikan sambungan wayar adalah betul jangan tersalah. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. :) Dan baru kita hidupkan kereta yang baterinya 'kong' tadi. Lebih selamat sikit kut bagi kita yang tidak berapa mahir ini, Dibawah ini kereta yang telah hangus di atas kesilapan membuat Jumper.


CARA-CARA JUMPING
 

Langkah keselamatan 
         Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan hangus terbakar.Moralnya berhati-hati jika anda membuat Jumping Start pada kereta anda. Jika tersilap melakukan Jump Start. Mungkin kereta anda akan mengalami nasib seperti diatas. Agaknya kalau tidak berapa pandai dan yakin panggilah mereka yang berpengalaman. Penting juga kita sentiasa membawa jumper ini. Manalah tahu ada ketika kita memerlukan benda ini.



SELAMAT BERJAYA