SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

29 Okt 2015

APA ITU J.U.S.A DALAM PERKHIDMATAN AWAM

   Apa itu JUSA? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila melihat kereta mewah yang tertulis JUSA A, JUSA B, JUSA C pada nombor platnya. Untuk pengetahuan semua, JUSA adalah singkatan dari perkataan Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA).JUSA terbahagi kepada beberapa kelas iaitu JUSA A, JUSA B dan JUSA C. Setiap kelas atau gred JUSA ini mempunyai gaji pokok dan elaun yang berbeza-beza. JUSA A adalah gred jawatan yang menerima gaji pokok paling tinggi. Untuk penerangan yang lebih jelas lagi lihat senarai di bawah:


JUSA C (Gred Khas C/VK7/VU7)
Gaji Pokok: RM7,189-RM14,587 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM2,500
Elaun Perumahan: RM1,300
Elaun Insentif Khas: RM500
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166

Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Pengarah Negeri/Pengarah Bahagian/Setiausaha Bahagian/Professor Universiti Gred Khas C/Pendaftar Universiti JUSA C/Pengetua Cemerlang JUSA C/Timbalan Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas C/Doktor Perubatan Gred Khas C/Doktor Pakar Gred Khas C/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Timbalan Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Negeri/Deputi Komisioner Polis/Brigedier Jeneral Tentera Darat/Laksamana Pertama Tentera Laut/Brigedier Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.

JUSA B (Gred Khas B/VK6/VU6)
Gaji Pokok: RM7,788-RM15,900 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM3,050
Elaun Perumahan: RM1,600
Elaun Insentif Khas: RM750
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Timbalan Pengarah Kementerian/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas B(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Pendaftar Universiti JUSA B/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA B/Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas B/Doktor Perubatan Gred Khas B/Doktor Pakar Gred Khas B/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Ketua Polis Negeri/Senior Deputi Komisioner Polis/Mejar Jeneral Tentera Darat/Laksamana Muda Tentera Laut/Mejar Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.

JUSA A (Gred Khas A/VK5/VU5)
Gaji Pokok: RM8,465-RM17,331 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM4,000
Elaun Perumahan: RM2,000
Elaun Insentif Khas: RM1,250
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM2,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas A(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA A/Naib Canselor Universiti JUSA A/Timbalan Rektor Universiti JUSA A/Rektor Universiti JUSA A/Timbalan Ketua Pendaftar Kehakiman/Pengarah Jabatan (Komisioner Polis) Polis Diraja Malaysia/Leftenan Jeneral Tentera Darat/Laksamana Madya Tentera Laut/Leftenan Jeneral Tentera Laut dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan juga gelaran Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Sebagai tambahan, berikut adalah gaji dan elaun bagi jawatan gred TURUS:

TURUS III (Gred Khas TURUS III/VK4/VU4)
Gaji Pokok: RM9,315-RM18,891 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5000
Elaun Perumahan: RM2500
Elaun Insentif Khas: RM1,500
Elaun Pembantu Rumah: RM1000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS III (Layak mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Naib Canselor Universiti TURUS III/Rektor Universiti Turus III/Ketua Pendaftar Kehakiman/Timbalan Ketua Polis Negara/Jeneral Tentera Darat/Laksamana Tentera Laut/Jeneral Tentera Udara/Ketua Pesuruhjaya SPRM/Ketua Pengarah Kastam Di-Raja/Ketua Hakim Syariee/Akuantan Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

TURUS II (Gred Khas TURUS II/VK3/VU3)
Gaji Pokok: RM10,242-RM20,402 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,100
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM1,750
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah/Ketua Pengarah Kesihatan/Ketua Audit Negara/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS II (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Ketua Polis Negara (Inspektor Jeneral Polis)/Panglima Angkatan Tentera (Jeneral/Laksamana)/Timbalan Peguam Negara/Timbalan Ketua Hakim Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

TURUS I (Gred Khas TURUS I/VK2/VU2)
Gaji Pokok: RM11,021-RM22,034 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,200
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM2,000
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/Peguam Negara/Ketua Hakim Negara/Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS I (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja) dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.

Ketua Setiausaha Negara/KSN (VK1/VU1)
Gaji Pokok: RM11,971-RM23,577 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,300
Elaun Perumahan: RM3,000
Elaun Insentif Khas: RM2500
Elaun Pembantu Rumah: RM2,000
Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Negara. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Diharap maklumat yang diberikan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengetahui mengenai jawatan Gred JUSA, Gred TURUS dan Gred KSN. Jika terdapat kesilapan mengenai maklumat tersebut diharap diperbetulkan. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang boleh diterima mengenai jawatan tersebut.

P/s: Patutlah ramai yang nak jadi Dato’. Semua dapat percuma, kereta, petrol, pemandu, telefon bimbit, air, elektrik. Untung sungguh jadi “ORANG BESAR”.




# SUMBER #

3 Okt 2015

Tip Sebelum Beri Pinjam Duit Kepada Orang Lain

6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Kepada Orang Lain






Suka atau tidak suka, kita pasti berjumpa keadaan sebegini.
“Abang, pinjam duit boleh. Adik ada masalah sikit.”
“Kak Long ada duit lebih tak? Gaji saya bulan ni dah habis. Ada lagi 10 hari ni nak dapat gaji.”
Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukarnya mendapatkan semula hutang tersebut.

6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Dekat Orang
1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut
Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.
Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya. Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia. Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu. Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat bayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.

2. Beri pinjam jumlah wang yang sanggup kita hilang
Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik.
Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :
“Aku kalau RM 3,000 tu tak ada la, tapi kalau RM500 boleh la nak kasi pinjam.”

3. Tahu tujuan meminjam
Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti sakit dan sebagainya, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat lingkup.

4. Syarat bayar semula yang jelas
Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat.
Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut. “Bulan depan aku bayar balik, janji.” Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.
Baik kita berikan cadangan begini :
“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan  bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”

5. Pastikan bertulis
Ini yang Islam anjurkan.
Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran. Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut. Bertulis. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Sediakan backup plan awal-awal
Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan.
Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik. Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.
Contohnya kalau kita ada kedai makan :
“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Beri Hutang Lebih Baik dari Bersedekah
Kita bukanlah tak nak menolong, tapi kadang-kadang serik juga bila beri pinjam duit tapi tak bayar. Bila minta, asyik cakap tak ada duit. Sudah bertahun, tapi hutang masih belum langsai. Jadi, kalian boleh gunakan tips di atas sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjam duit kepada orang. Nabi Muhammad saw ada bersabda:
Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.
Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”
Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.”
(Direkodkan oleh Ibn Majah & Baihaqi).



#sumber#