Anda
perlu tahu simbol ini MENYALA di dashboard meter kereta anda?
Pernah lihat simbol ini #MENYALA di dashboard meter kereta anda? Sila baca dan ketahui apakah maksud amaran ini.
Adakah pernah melihat simbol ini menyala pada meter kereta anda? Ini adalah
simbol amaran yang mana ECU telah mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin
kereta anda. Jika lampu amaran ini menyala, anda perlulah memeriksa kereta anda
pada kadar yang segera. Jika tidak, kerosakan yang lebih besar bakal berlaku.
Pastinya anda ingin tahu apakah kerosakan yang menyebabkan lampu amaran itu
menyala?
Menurut kajian, oksigen sensor adalah penyebab
utama lampu amaran check engine menyala. Penutup tangki minyak yang rosak juga
adalah salah satu penyebab lampu amaran menyala namun kes berlaku sangat
sedikit berbanding oksigen sensor. Jadi apakah itu oksigen sensor?
Oksigen sensor terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter. Oksigen sensor akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal selia campuran bahan api di kebuk pembakaran. Ia membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal selia bahan api samada perlu gunakan banyak atau sedikit. Oksigen sensor akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU akan menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan. Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap. ECU menerima maklumat pembakaran tidak lengkap berlaku dan akan menambah jumlah campuran bahan api dalam kebuk pembakaran.
Jika tiada langsung isyarat dari sensor ke ECU disebabkan masalah atau kerosakan, ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak yang menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak. Oksigen sensor akan kurang bertindakbalas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos plumbum dan sulfur. Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor. Sensor juga boleh mengalami kerosakan akibat dari simbahan air ketika membasuh bahagian underbody kereta. Kadang-kadang masalah lampu amaran check engine ini boleh selesai dengan membersihkan semula oksigen sensor dengan kaedah air blow. Jika tidak berjaya, anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga sekitar RM150 hingga RM450 mengikut jenis kereta. Tiada rugi anda menukarnya kerana jika tidak diganti, anda akan kerugian dari segi penggunaan bahan api yang banyak. Sharekan post ini jika ianya membantu anda.

# SUMBER #