KEMAHIRAN BELAJAR
Tajuk : KEMAHIRAN BELAJAR
A-
Kemahiran
Membaca
B-
Kemahiran
Mencatat Nota
C-
Kemahiran
Mengingat
A. KEMAHIRAN MEMBACA
Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran
membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang
betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik
membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah
beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:
- Membaca secara BERHATI-HATI
·
Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
·
Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
·
Elakkan gangguan radio dan televisyen
2.
Membaca secara MENYELURUH
·
Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan
hingga ayat terakhir
·
Jangan anggap bahagian pengenalan kurang
apenting
·
Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang
isi kandungan bab.
3.
Membaca secara BERULANG-ULANG
·
Bacaan
berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
·
Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
·
Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca
fakta penting.
4.
Membaca dalam SUASANA yang SELESA
·
Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
·
Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan
senyap.
·
Udara sekitar mestilah mencukupi
·
Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan
tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5.
Berasa dalam KEADAAN selesa
·
Duduk dengan betul
·
Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema
dan sebagainya.
·
Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin
tertidur atau mengantuk.
6.
Baca secara PERPERINGKAT
·
Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk
mendapatkan isi keseluruhan.
·
Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk
mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik
mengingat dan menulis nota digunakan.
mengingat dan menulis nota digunakan.
8. CATATKAN isi yang dibaca
·
Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah
sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
·
Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang
perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9.
Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika
membaca
·
Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda
buku ada di sisi.
·
Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
·
Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan
kata yang sukar.
·
Gunakan penanda buku untuk merujuk semula
sesuatu bahagian.
·
Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
Kemahiran
mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:
- Kemahiran MENDENGAR
·
Digunakan semasa proses pembelajaran
·
Boleh dilakukan serentak
·
Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
- Kemahiran MEMBACA LAJU.
·
Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
·
Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
·
Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
- Kemahiran MENULIS
·
Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya
membuat kerja sia-sis sahaja.
·
Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
·
Tahu menulis menggunakan huruf singkatan
boleh melipatgandakan usaha kamu.
·
- Catatkan KATA KUNCI sahaja.
·
Memilih isi-isi penting sahaja.
·
Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan
kefahaman kamu.
·
Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih
boleh difahami.
- NOTA RINGKAS dan padat
·
Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
·
Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan
ingatan kamu
·
Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh
meningkatkan tahap ingatan kamu.
- Gunakan PERKATAAN sendiri
·
Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau
penghafalan kamu.
·
Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
·
Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
- Faham setiap KATA KUNCI
·
Jangan menggunakan kata kunci yang
mengelirukan kamu.
·
Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah
sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.
C. KEMAHIRAN MENGINGAT
Kemahiran belajar
tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang
diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila
diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu
mempertingkatkan teknik mengingat:
- HAFAL isi yang dibaca
·
Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu
ketahui dalam pembacaan itu.
·
Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat
“apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”
- Isi DISUSUN dengan betul
·
Sebutkan isi yang kamu hafal
·
Ketika menghafal suara mesti jelas supaya
telinga mendengar apa yang kamu hafal.
- Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
·
Pastikan turutan isi betul
·
Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
·
Pastikan kamu menghafal bermula daripada
bulan Januari danberakhir dengan Disember.
- UJI kemampuan daya ingatan
·
Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i-
Penyoal
ii-
Penjawab
·
Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat.
Kemudian jawab
·
Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan
sedang berlaku.
- Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
·
Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada
kesempatan
·
Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan
daya ingatan
- Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
·
Proses mengingat semula, kebiasaannya
dilakukan dalam dua keadaan:
a-
Sebelum tidur
b-
Selepas tidur
·
Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu
dalam masa jangka panjang.
- Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
·
Tukarkan ayat atau isi yang
hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
·
Pilih lagu yang paling kamu gemari.
·
Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu
menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
- Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
·
Gambarkan objek yang ada kaitan
dengan isi yang perlu dihafal.
·
Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan
“bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.