SELAMAT MEMBACA

Salam Untuk Semua, Semuga Aman Selalu Dan Terima Kasih Kesudian Membaca

Tab

Home Personal Dashboard D/Load Film Lagu Facebook Kontax Update Semua

31 Dis 2015

Kes Bunuh Perompak - Pengguna Media Sosial Perasan Pandai Dari Peguam Negara






 Kes Bunuh Perompak
“Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!”
1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.
Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.
2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?
Ya. Kau akan didakwa.
Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia.
3) Jadi, masa kau sedang dibicarakan, kau akan berhujah bahawa tindakan kau membunuh pencuri tu sebab kau nak pertahankan diri. Kau cakap kau pertahankan diri, sebab kau nak yakinkan bahawa, yang kau tak bersalah bunuh pencuri tu.
Tapi…
4) Mahkamah akan persoalkan, adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?
Mahkamah akan persoalkan juga, sebab apa kau tikam? Kenapa tak pengsankan? Kenapa tak tikam bahagian kaki je supaya dia tak lari?
Kemudian dipersoalkan pula adakah kau bunuh dia dengan niat yang baik? Kalau memang sebab dendam, atau kau baru tahu yang dia bekas pakwe crush kau, memang mahkamah tak layan.
Ok, tu satu hal..
5) Lagi satu hal, adakah tindakan kau tu adil?
Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau pencuri masuk ke rumah kau tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi kau, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah kau semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi kau pulak bunuh dia.
Kalau pencuri tu mati, kau kena berusaha untok buktikan tindakan kau bunuh pencuri tu semata-mata nak pertahankan diri sahaja. Kau kena berusaha buktikan kalau kau bunuh sebab nak pertahankan diri dan harta kau.
Kalau kau dapat buktikan yang kau membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untok kau didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.
Jadi pointnya adalah kau tetap akan dihukum tapi bukan dihukum gantung.
6) Kalau kau bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan kau hadapi.
i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan kau tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru kau akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.
ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, kau akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untok pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.
7) Yang penting, kalau kau dah bunuh orang, kau wajib dihukum. WAJIB. Kau ikutlah hukum apa pun, malah hukum Islam pun, kalau kau ambil nyawa orang, kau akan dihukum.
Tapi hukuman tu berbeza-beza, macam yang aku senaraikan tadi.
8) Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan. Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga kau dan kau YAKIN dia memang akan bunuh mereka, kau tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family kau.
Yang ni, mahkamah akan pertimbangkan, untok lepaskan kau. Tapi ingat, kau kena buktikan yang perompak tu betul-betul ancam nyawa kau. Kalau tak terbukti, susah la kau.
Tu sebab kena pilih Lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan benda-benda ni.
9) Kalau pencuri masuk, lepas tu kau pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman kau. Boleh tak?
Boleh. Memang boleh.
Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara mahkamah.
Dan kau akan berhujah bahawa tindakan kau pukul pencuri sebab nak pertahankan diri.
Sekali lagi, mahkamah akan tengok sama ada tindakan kau pukul dia ni setara atau tidak?
Adil atau tidak?
Kalau pencuri tu dah lari, tapi kau kejar jugak dan langgar pakai kereta sampai lumpuh satu badan pencuri tu, benda ni tak setara. Jadi, senanglah pencuri tu ada sebab nak saman kau.
Tapi..
10) Kalau betul tindakan kau tu setara dan adil, contohnya kalau kau tak pukul pencuri tu, pencuri tu akan bunuh kau, mahkamah akan lepaskan kau dan pencuri tu tak boleh saman.
Tapi ingat, tindakan kau tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.
11) “Undang-Undang sekular ni tak adil! Kalaulah hudud dijalankan, mesti tak jadi camni!”
Rileks beb.
Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni.
Sebab apa?
Kau kena faham, Hudud ni cover 8 jenayah je.
Bab bunuh-bunuh ni, semua under hukum Qisas.
Haaa.. Tengok tu, nak condemn undang-undang tapi sendiri tak faham undang-undang.
12) Dalam hukum Qisas pun, kau bunuh orang, akan dihukum. Kalau pun hukum Islam dilaksana kan, tetap juga cara mahkamah tengok kes kau, sama macam hukuman sivil.
Mahkamah hukum Islam ini akan persoalkan sama ada adil atau tidak tindakan kau bunuh pencuri yang masuk rumah kau. Kalau tak adil dan tak setara, kau akan dihukum.
Ingat, apa-apa hukuman kat dunia ni, once kau dah ambil nyawa orang, kau wajib dihukum cuma berbeza-beza hukumannya ikut niat kau.
13) Sama macam hukum Islam, tetap juga akan mahkamah tengok tindakan dan niat kau. Hukumannya mungkin berbeza dengan hukum Sivil, tapi cara nak cari salah tu sama.
14) “Dah tu, pencuri masuk, kena bentang karpet merah semualah? Kena sambut dan bagi minum-minumlah kan? Macam tu?”
Bukan bang.
Kalau pencuri masuk, kau boleh je buat sesuatu untok hentikan pencuru tu. Kalau berani, lawan. Kalau tak berani, menyorok.
Kalau lawan, jangan melebih-lebih sangat lawan dan pastikan setimpal. Sebab yang nak menjawabnya kat mahkamah nanti tu kau. Asalkan pencuri tu tak boleh lari, sama ada kau ikat kaki atau pengsankan, itu dah cukup baik. Jangan belasah macam nak gila sampai mampos pencuri tu. Nanti kau yang susah.
15) Kenapa hukumannya jadi macam ni?
Sebab:
i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.
ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya lah kan, kau benci dengan member kau. Satu hari dia datang rumah, lepas tu kau bunuh dia. Then kat mahkamah, kau cakap yang kau bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.
Camtu senang la bang oi. Jadi, mahkamah perlu make sure yang kau betul-betul takdak mens rea (niat jahat buat jenayah).
16) “Eleh…Tapi camne nak cerita yang pemimpin curi duit rakyat tak kena hukum dan ahli politik buat jenayah terlepas? Tapi rakyat biasa buat, kena hukum pulak! Haaa? Adil sangat ke?”
Serius, bang. Part ni bukan bidang kuasa aku. Tapi Islam kata dah, Hakim yang tak adil ni confirm jadi ahli neraka.
Kalaupun ada keputusan mahkamah yang tak adil, aku sendiri pun marah. Tapi kita pun tak tahu kalau sebenarnya kes tu kekurangan bukti atau ada sebab yg meragukan sehingga menyebabkan hakim jatuhkan hukuman sebegitu rupa. Tapi kalau memang betul tak adil, maka masuklah hakim tu ke dalam neraka.
17) Harapnya kau sebarkanlah benda ni. Sebab ramai antara kita yang tak faham, dan kalau tak faham, banyak fitnah berleluasa terutamanya daripada kita sendiri.


Copy Paste dari page– Mufarwa Farid

28 Dis 2015

Cara Mudah Untuk Menjejaki Telefon

6 Cara Mudah Untuk Menjejaki Telefon



Tahukah anda sekiranya anda kehilangan telefon bimbit anda, anda kini boleh menjejaki ia kembali dengan semudah ABC?
Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon kita boleh dicuri pada bila-bila masa.
Setiap telefon bimbit dilengkapi dengan no. siri IMIE yang unik. IMEI atau nama penuhnya International Mobile Equipment Identity boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

1. Dail *#06# pada telefon bimbit anda
2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.
3. Catitkan no. IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali di dalam telefon bimbit itu sendiri.
4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu email 15 digit no. EMEI tersebut kepada cop@vsnl.net berserta dengan butiran di bawah.
  1. Nama anda.
  2. Alamat.
  3. Model telefon.
  4. Buatan.
  5. No. terakhir digunakan.
  6. Email untuk dihubungi.
  7. Tarikh kehilangan.
  8. IMEI No.
5. Tidak perlu membuat apa-apa laporan polis.
6. Telefon mudah alih anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam melalui sistem yang kompleks kombinasi GPRS dan internet. Anda akan dapat mengesan di mana lokasi telefon bimbint anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

17 Dis 2015

Selepas Anda Membaca Ini Mungkin Anda Takkan Merokok Lagi

Bagikan :




Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
§  Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
§  Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
§  Jagalah mereka, sayangi mereka.
§  Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
§  Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
§  Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
§  Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
§  Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
§  Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
§  Kualiti sperma anda akan terganggu.
§  Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
§  Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
§  Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
§  Selamatkan diri anda dari mati pucuk
§  Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
§  Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.
Merokok Mengakibatkan Strok
§  Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
§  Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
§  Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
§  Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
§  Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
§  Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
§  Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
§  Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
§  Bantulah diri anda.
§  Amalkan cara hidup sihat.
§  Jangan merokok.
Berhenti Merokok
§  Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
§  Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
§  Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
§  Luahkannya dengan cara positif.
§  Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda
§  Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
§  Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
§  Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
§  Jauhilah diri dari asap rokok basi.
§  Belajarlah menyayangi jantung anda.
§  Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
§  50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
§  Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
§  Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
§  60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
§  Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
§  Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
§  Setiap sedutan membawa padah.
§  Kenapa harus meracuni diri?
§  Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
§  Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
§  Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.


# SUMBER #